in

“Nenek datang dalam mimpi suruh buat” – Pemuda Bunuh Jiran Pakai Raket Nyamuk Sebelum Solat Jumaat

Raket

Gara-gara dendam syak arwah nenek dan ibunya disantau, seorang pemuda tergamak membunuh warga emas. Sebelum membunuh, dia telah berjumpa dengan dukun dahulu untuk melakukan satu ritual ini.

Arifin Mat Rasuk (27) telah ditangkap oleh pihak polis atas dakwaan membunuh warga emas 55 tahun yang dikenali sebagai Tora’i pada 29 November 2019 yang lepas ketika dalam perjalanan untuk menunaikan Solat Jumaat.

Menurut laporan Tribunnews, pihak polis mengkhabarkan bahawa ia bermotifkan dendam akibat percaya bahawa mangsa yang merupakan jirannya itu mengamalkan ilmu hitam dan ada santau arwah ibu dan nenek mangsa sampai meninggal dunia.

 

Arwah ibu dan nenek muncul dalam mimpi.

Niat Arifin untuk membunuh jirannya tercetus apabila dia didatangi oleh kedua-dua arwah ibu dan neneknya melalui mimpi.

Dalam mimpi tersebut, Arifin menjelaskan dia disiram air panas oleh ibu. Katanya ia seolah-olah beri satu petanda, dia jadi semakin yakin bahawa santau adalah punca kematian kedua-dua anggota keluarganya itu apabila arwah neneknya pula muncul.

“Niat dia nak bunuh mangsa sejak sebulan lepas”- Polis

Dalam mimpi itu, dia diamanahkan untuk membunuh mangsa menggunakan raket elektrik untuk bunuh nyamuk dan kayu.

741349B7Ed7110Bfb7277958D1Af8547 Tn
gambar hiasan

Dari situlah semangat dia semakin berkobar-kobar untuk membunuh mangsa. Sebelum bunuh pun ada ritual dia tau.

 

Sempat jumpa dukun sebelum bunuh

Kapolres Sampang Akbp Didit Bambang Wibowo Saat Rilis Kasus Pembunuhan Pemuda Di Sampang
Sumber : tribunnews

Menurut polis Didit Bambang Wibowo, ketika mendapatkan keterangan daripada Arifin, dia ceritakan yang bomoh itu minta letakkan raket elektrik itu di atas pusara arwah neneknya.

Malah dia juga kena berpantang daripada melawat di beberapa tempat tertentu.

“Ketika hendak membunuh, pelaku mengambil senjatanya tersebut yang diletakkan di atas makam neneknya,” 

Lepas habis ritual tersebut Arifin terus serang mangsa, dia libas tangan mangsa menggunakan raket itu sebelum mangsa dan suspek bergelut.

Ketika itu, mangsa sempat lempar batu ke dada suspek yang membuatkan suspek naik berang.

“Namun, suspek tak duduk diam dia lawan balik sampai mengsa rebah,” jelas AKBP Didit Bambang Wibowo.

Mangsa dipukul dengan kayu sepertimana yang ‘diamanatkan’ dalam mimpinya itu sampai mati. Kejadian ini berlaku ketika Arifin ingin menunaikan solat Jumaat.

Selapas melakukan pembunuhan, dia terus ke masjid untuk menunaikan solat. Habis solat dia sempat jenguk balik mangsa.

Arfin ingin memastikan korban sudah meninggal atau tidak”

Arfin telah ditangkap dan dia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

 

Baca : “Pernah mimpi dikelilingi api”- Mak Nyah ‘Ziana Zain’ Berubah Lepas Dapat Mimpi

Babyziana