Walaupun dah banyak kes penipuan yang berlaku di media sosial, masih ramai lagi orang yang menjadi mangsa penipuan siber.
Macam apa yang berlaku pada wanita dari utara ini, kesetiaannya pada teman lelaki dari Nigeria ini cuba dibuktikan dengan membawa masuk dadah seberat hampir 2kg ke Jepun.
Menurut The Sun, wanita berusia 23 tahun ini berkenalan dengan lelaki yang mengaku dirinya Putera Nigeria di TikTok. Dari situ, cinta mereka terus berputik.
Pemangku pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, wanita ini telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Nikita, Jepun kerana cuba membawa masuk dadah dipercayai syabu.
“Mangsa yang berasal dari utara ini dikatakan telah terpedaya dengan lelaki Nigeria yang dia temui di TikTok.
“Wanita ini telah diberikan tiket penerbangan dan termpat tinggal percuma di Jepun.”
Menurutnya lagi, wanita tersebut masih ditahan di Jepun dan polis Malaysia kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Jepun mengenai kes ini,
Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?