in

“Anak yatim tak ada mak ayah” – Rakan Warga Asing Yang T*tak Polis Di Kepong Mohon Belas Kasihan Netizen

Syaz Ft 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki warga Afrika tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia baru-baru ini mencetuskan perhatian ramai susulan insiden tragis yang melibatkan rakannya dalam kes serangan bersenjatakan parang di Desa Aman Puri, Kepong.

Insiden yang berlaku pada 11 November lalu itu mengakibatkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah sehingga putus pergelangan tangan kanan ketika menjalankan tugas rondaan. Suspek dilaporkan bertindak agresif sebelum akhirnya ditembak mati oleh pihak polis di tempat kejadian.


Artikel berkaitan: Suspek T*tak Polis Alami Tekanan Jiwa, ‘Frust’ Kekasih Ikut Lelaki Lain

Artikel berkaitan: “Lebih pentingkan nyawa orang awam dari diri sendiri” – Netizen Tabik Hormat Keberanian Anggota Polis Dit*tak

Menerusi hantaran di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Chibuzo Williams itu meluahkan rasa kesal dan memahami kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan rakannya itu.

11

“Kepada rakan-rakan kami di Malaysia, kami warga Afrika memahami betapa marah dan kecewanya anda semua terhadap tindakan saudara kami.

Bagi pihak warga Afrika, saya dengan ikhlas memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami amat kesal dengan tindakannya,”tulis Chibuzo.

Menurut Chibuzo lagi, rakannya itu didakwa mengalami masalah gangguan kesihatan yang turut diketahui oleh pihak polis, selain menyifatkan arwah sebagai individu yang tidak pernah mempunyai masalah sebelum ini.

Chibuzo turut mendedahkan bahawa suspek merupakan seorang anak yatim piatu yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Jelasnya, kenyataan yang dibuat itu bukanlah bertujuan untuk mempertahankan perbuatan jenayah terbabit atau menafikan penderitaan mangsa, sebaliknya sekadar merayu sedikit belas ihsan daripada masyarakat.

“Saya tidak menulis perkara ini untuk membenarkan tindakannya atau mengetepikan kesakitan dan kemarahan yang telah ditimbulkannya.

Saya hanya merayu agar masyarakat menunjukkan kefahaman, belas kasihan dan sedikit ihsan,” katanya.

Walau bagaimanapun, hantaran dan permohonan maaf tersebut mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada warga maya.

Cats 6

Terdahulu, mangsa yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda IPD Gombak telah dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Usaha pakar perubatan HKL berjaya, pembedahan menyambung semula pergelangan tangan mangsa yang terputus itu berjaya dijalankan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.