Macam yang korang tahu, jenayah seksual dekat India memang sangat tinggi. Hari-hari mesti ada kes dekat sana dan salah satu usaha kerajaan dekat sana untuk keselamatan wanita adalah dengan menyediakan koc wanita di dalam train. Macam kat sinilah.
Namun, dengan populasi yang ramai dekat sana dan train yang sentiasa penuh, memang susah jugaklah untuk lelaki-lelaki kat sana nak ikut peraturan ni dan masih insist nak berhimpit dekat koc wanita.
Kalau dekat sini, bila ada lelaki naik koc wanita, paling-paling pun polis bantuan akan halau dorang untuk bergerak ke koc lelaki. Tapi dekat India lain pulak…
Baru-baru ni tular video pihak polis yang menjaga keretapi di stesen New Delhi telah tunggu di luar pintu sebelum melempang sorang-sorang lelaki yang keluar dari koc wanita ini.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1219580825852760069
Bukan tu je, kalau korang tengok video ni sampai habis, korang boleh nampak sorang polis lelaki telah membelasah lelaki-lelaki dalam koc wanita ni. Marah betul dorang ni.
“Elok dilempang je dorang ni”
Netizen yang melihat video ini, ada yang bersetuju dengan tindakan pihak polis di sana dan ada juga yang minta pihak polis dan pihak KTM Malaysia untuk lakukan perkara yang sama pada lelaki di Malaysia yang masih tak faham bahasa.
Korang rasa patut ke dorang kena lempang?
Baca: Pasangan Kekasih Biadap Tunjuk Isyarat Lucah, Tak Malu Duduk Koc Wanita