Pasangan Kekasih Biadap Tunjuk Isyarat Lucah, Tak Malu Duduk Koc Wanita

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi yang selalu guna perkhidmatan awam macam LRT dan KTM, mesti korang tahu kewujudan ladies coach yang hanya dikhaskan untuk kaum wanita. Koc ni biasanya akan dipenuhi dengan sticker warna pink dan penanda bahawa hanya orang perempuan je yang boleh guna.

Tunjuk middle finger apabila ditegur

Kerana sticker yang ditampal tu dalam Bahasa Inggeris, ingatkan semua orang faham konsep ladies coach ni. Tapi menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita menceritakan kisah sepasang kekasih dari Timur Tengah yang menunjukkan perangai tak elok apabila ditegur sewaktu duduk di ladies coach. 

Yang perempuan tu tak kisahlah, tapi pasangan dia tak sepatutnya ada kat koc tu.Time lelaki dan wanita Timur Tengah tu dimaklumkan yang dorang duduk kat ladies coach, tiba-tiba dua-dua orang tu angkat isyarat lucah pada wanita yang menegur. Rude nya!

Sumber: WOB

Wanita tak dapat duduk sebab ladies coach penuh lelaki

Lepas dilayan dengan biadap oleh pasangan kekasih tu, wanita tu terus ambil gambar dorang dan tularkan.

“Perangai ‘elok’ orang Arab kat Malaysia – langgar peraturan dengan duduk kat ladies coach.”

Sebelum kes ni, tular di laman sosial pasal seorang wanita yang tak dapat duduk di ladies coach gara-gara koc dipenuhi dengan lelaki. Bukan sahaja tak berikan tempat duduk pada orang yang sepatutnya, mereka siap khusyuk lagi bermain telefon bimbit.

Sumber: WOB
Sumber: WOB

Untuk korang yang mungkin tak tahu, kalau nampak je kawasan tertulis ladies coach atau koc wanita tu, dah terang-teranglah koc tu untuk wanita sahaja. Ini untuk melindungi kaum wanita dari sebarang bahaya sewaktu dalam perjalanan.

Lelaki memang tak dibenarkan masuk kat koc ni. Harapnya lepas ni dah takde orang lelaki yang gunakan koc wanita. Semoga semua boleh hormati hak kaum perempuan.

Baca: LRT Lambat Kerana Penumpang Kena Langgar? RapidKL Respon Perkara Sebenar…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.