in

“Cool gila!” – Unik! Vietnam Sediakan Mesin ATM Beras Untuk Golongan Memerlukan & Ianya Percuma!

Feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 yang boleh membawa maut, dapat dilihat ramai juga insan yang berhati mulia yang sanggup membantu golongan yang memerlukan ketika waktu yang genting ini.


Disebabkan ramai yang terjejas akibat tidak dapat bekerja ketika musim ini, di Vietnam, ada pihak yang telah menyediakan beras secara percuma kepada orang yang memerlukan di negara itu.

Menurut perkongsian @LunaOi_VN di Twitter, yang uniknya, beras ini boleh diambil berkonsepkan ATM, di mana individu hanya perlu menekan butang yang disediakan pada ATM tersebut dan beras akan keluar melalui paip yang tersedia.

Dah macam bekas rice dispenser mak admin kat rumah. 

Beras 5

Namun, hanya 1.5 kilogram beras boleh diambil oleh pada satu-satu masa daripada ATM beras yang ditempatkan di bandar Ho Chi Minh itu.

Mengikut pencipta mesin ini, Hoang Tuan Anh, idea untuk membina mesin ini timbul apabila dia melihat ramai pihak yang menyumbangkan beras kepada orang ramai secara berkumpulan dan tindakan ini boleh meningkatkan lagi kadar jangkitan, lapor Redfish.

Beras 4

Jadi, dia mengambil inisiatif untuk membina ATM beras yang beroperasi selama 24 jam.

Orang ramai juga perlu beratur dengan jarak 1 meter antara satu sama lain jika mahu mengambil beras.

Beras 2

Selain itu, mereka juga boleh menggunakan hand sanitizer yang disediakan sebelum mengambil beras.

Dekat Malaysia pun rasanya dah ada yang buat ATM beras ini untuk bantu keluarga asnaf. Semoga inisiatif ini akan diteruskan supaya dapat membantu lebih banyak keluarga yang memerlukan. 

 

Baca: “Tebalkan muka, kejar van minta bantuan” – Bapa Muda Berbasikal Rayu Bantuan Ehsan Di Sandakan

Bapa

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.