in

“Kasihanilah kami siang malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak” – Frontliner

Ft Frontliner Mohon Bantu Merdekakan Negara Dari Covid19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sepanjang pandemik Covid-19 melanda di negara kita. Sebanyak 24,599 kes baru dicatatkan semalam dan menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kumulatif 1,640,843 kes direkodkan setakat ini.


Dengan rekod kes yang masih tidak menurun sejak beberapa minggu lepas, tidak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan semua anggota barisan hadapan yang bertugas setiap hari di hospital. Setiap hari pertaruh nyawa demi memerangi wabak ini sejak dari mula lagi, begitu banyak pengorbanan mereka.

Kes Covid 26 Ogos

Menerusi kisah dikongsikan di Harian Metro, Ketua Jururawat Wad Covid-19 Hospital Kuala Nerang, Mimi Yusmiza Yahya meluahkan tentang apa yang dia dan rakan-rakan harapkan daripada semua masyarakat.

 

Risiko jangkiti keluarga namun demi tugas dan tanggungjawab

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata perasan berdebar setiap hari ketika menjejakkan kaki ke wad dipenuhi pesakit Covid-19. Umpama membawa diri ke medan perang namun berbeza kerana musuh yang dilawan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kata Mimi,

Memang sangat risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka (pesakit) yang positif Covid-19 dan yang paling merisaukan, sekiranya kami terbawa balik virus yang mampu membunuh ini ke rumah dan menjangkiti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.”

Namun, demi tugas dan tanggungjawab serta amanah, kami reda melaksanakan tanggungjawab ini untuk semua dan selebihnya, nasib perjuangan kami ini kami berserah sepenuhnya kepada Allah.”

Frontliner Rawat Pesakit Covid19

 

“Bantu kami merdekakan negara”

Menurutnya lagi, perjuangannya bersama rakan-rakan frontliner bukanlah sesuatu yang mudah dan mereka memerlukan sokongan semua pihak terutamanya orang ramai.

Bantulah kami ‘merdekakan’ tanah air kita daripada wabak yang menjadi musuh nombor satu negara ini. Dalam memerangi Covid-19 ini sangat penting untuk kita semua terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) kerana Covid-19 datang tanpa syarat, tanpa isyarat dan tanpa mengira sesiapa pun, ia membunuh sesuka hati!”

Kasihanilah kami petugas barisan hadapan yang tanpa jemu siang dan malam berperang dengan musuh yang kami sendiri tak nampak dan tahu bila akan berakhir. 

Penat lelah ini hanya akan hilang apabila nampak penurunan kes dari sehari ke sehari.”

Status Covid Malaysia

Sementara itu, menurut Pengarah HKN Dr Muhammad Syauqi Abdul Kadir, HKN adalah hospital Covid-19 sepenuhnya bagi menempatkan pesakit kategori 3 hingga 5 dari seluruh Kedah. Negeri itu adalah antara negeri tertinggi mencatatkan kes positif Covid-19 dengan melebihi empat angka setiap hari dan masih belum menunjukkan penurunan.

Apabila dipilih sebagai hospital Covid-19 negeri, ia satu cabaran besar namun, ia disahut semua lapisan kepimpinan dan kakitangan hospital tanpa mengenal lelah dan putus asa.”

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo pula berkata kewujudan varian Delta di Kedah pula menyebabkan jangkitan lebih mudah dan cepat dengan kadar kebolehjangkitan lebih besar.

Seorang yang positif boleh menjangkiti semua ahli keluarga beliau.”

Majoriti kes baharu di Kedah dikesan daripada saringan kontak rapat iaitu sekitar 60 peratus, saringan bergejala 20 peratus dan saringan kendiri 10 peratus.”

Baca: “Bilik forensik dah mcm rumah kami” – Frontliner Kongsi ‘Perit’ Ketika Kes Mencanak, Lega Kematian Makin Berkurang

Ft Pasukan Pengurusan Jenazah Covid19 Lega Kematian Berkurang

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.