in

“Bilik forensik dah mcm rumah kami” – Frontliner Kongsi ‘Perit’ Ketika Kes Mencanak, Lega Kematian Makin Berkurang

Ft Pasukan Pengurusan Jenazah Covid19 Lega Kematian Berkurang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi individu penting dalam proses pengebumian jenazah Covid-19 bukan satu kerja yang mudah kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apatah lagi ketika menghadapi situasi kes kematian yang meningkat dan tidak lupa perlu berkorban dalam pelbagai aspek.


Sebagai contoh, terpaksa terima mereka lebih banyak menghabiskan masa di hospital dan tanah perkuburan. Perkara itu dikongsikan oleh Ruzeeta Saad, 47, yang bertugas dalam Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac tahun lepas.

Pasukan Frontliner Urus Jenazah Covid19

 

“Bilik forensik dah macam rumah”

Menurut Harian Metro, Ruzeeta berkata ketika diberikan tanggungjawab menggalas tugas tersebut, pasukannya tidak menang tangan untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 setiap hari. Malah, ada masanya mereka masih bertugas meskipun hampir menjelang Subuh.

Bilik forensik hospital dah macam rumah kami adakalanya sampai jam 3 pagi masih di lapangan kerana jenazah pesakit Covid-19 tidak boleh simpan lama.”

Malah, tiada istilah cuti bagi kami. Saya sendiri cuti pun tak ingat bila kerana rutin kami memang sibuk dan sentiasa dalam mod siap sedia menunggu panggilan daripada pihak hospital.”

 

Pernah urus 93 jenazah sehari, lega kes kematian semakin menurun

Kata Ruzeeta lagi, disebabkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini diperluaskan, jumlah jenazah yang dirujuk kepada  pasukannya mula menunjukkan trend penurunan sejak dua minggu lalu.

Pasukan kami pernah uruskan 93 jenazah pesakit Covid-19 dalam sehari ketika kes mencanak naik pada Julai lalu.”

Kini kami lega jumlah itu berkurangan kepada hanya 25 sehari.”

Pasukan Frontliner Kebumi Jenazah Covid19

Memang nampak keberkesanan program vaksin apabila kami di lapangan menyedari jumlah jenazah diurus semakin berkurangan dan tidak kelam kabut lagi macam dulu.”

Pasukannya bagaimanapun masih tetap bersiap sedia dan sentiasa memastikan untuk amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan risiko dijangkiti virus itu.

Apapun paling penting walaupun sudah divaksin, SOP jangan diabaikan perlu sentiasa menjadi budaya kita.”

Pengurusan jenazah Covid-19 di Wilayah Persekutuan dikendalikan secara bersama antara Jawi dan Jakim serta Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) di mana ia terdiri daripada 120 petugas (91 lelaki dan 29 wanita).

Baca: Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19 Terduduk Sebak, Tak Sangka Perlu Kebumi Ibu Sendiri

Collage 13

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.