Kanak-kanak Dirogol Jiran Berusia 45 Tahun Ketika Sedang Bermain Di Luar Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kadang kala, manusia seperti tiada akal fikiran sampai sanggup bertindak kejam terhadap seseorang. Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 10 bulan dari New Delhi dilaporkan telah dirogol oleh jirannya, 7 Mei lalu.

Pada hari kejadian, ibu kanak-kanak itu, 20, sedang menyusukan adik kecilnya berusia 8 bulan di rumah mereka, manakala bapanya, 28, sedang bekerja di gerai teh miliknya. Kanak-kanak itu kemudian keluar berseorangan bermain di kawasan luar rumah berdekatan lorong.

Sumber: Daily Mail

Pada ketika itulah jirannya, Hare Ram Yadav, 45, menarik dan membawanya ke rumah. Sebaik tiba di rumah, Hare yang juga seorang tukang jahit dan tinggal berseorangan terus merogol kanak-kanak itu selama 15 minit sebelum melepaskannya! 

Dalam keadaan kemaluannya yang sedang berdarah, kanak-kanak itu berlari pulang sambil menjerit dan menangis. Ibunya yang terdengar jeritan dan tangisannya bergegas lari ke luar rumah kerana menyangka anaknya itu terjatuh ketika sedang bermain.

Namun, apa yang diketahuinya kemudian lebih meruntun jiwa.

Dia tidak dapat berjalan. Saya tidak pernah melihat dia menangis seperti itu. Saya bertanya kepadanya mengapa dia menangis. Saya fikir dia mahu ke tandas tetapi apabila saya membawanya ke bilik air dia sedang mengalami pendarahan teruk.”

Dalam keadaan terkejut dan risau, wanita itu cuba mengelap namun darah itu tidak berhenti mengalir. Dia kemudian menjerit meminta tolong sebelum suaminya pulang dan membawa anak mereka itu ke hospital.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Doktor kemudian memaklumkan bahawa anaknya itu telah didera secara seksual dan perlu menjalani pembedahan keesokan harinya.

Menurut bapa kanak-kanak itu, dia tidak begitu mengenali lelaki yang merogol anaknya namun sering melihatnya di kawasan tersebut.

Saya fikir dia seorang lelaki yang peramah dan suka bergurau. Saya sangat terkejut apabila saya mendapat tahu sesuatu seperti ini berlaku kepada anak perempuan saya. Dia seorang lelaki tua dan anak saya masih kecil. Dia baru sahaja mula berjalan dan masih belum boleh bercakap. ‘

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Pada 8 Mei, pihak polis telah berjaya menahan Hare dan didakwa dengan tuduhan merogol dan serangan seksual.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis, Nupur Prasad, lelaki itu telah membuat pengakuan jenayah yang dilakukan. Dia kini dalam tahanan polis dan telah dihantar ke penjara di Barat Delhi.

Kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan sedang melalui proses penyembuhan tetapi masih di dalam trauma. Mesti lah trauma!

Manusia semakin kejam. Sebab tu kena waspada dan lebih berhati-hati!

Baca: Bayi 16 Bulan Dirogol Lelaki Separuh Umur, Lampin Ditemui Berdarah Oleh Ibu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!