in

Setiap Hari Datang ‘Berjaga’, Hospital Lantik Oyen Jadi Pengawal Keselamatan

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Stres dan hilang motivasi ketika bekerja bukanlah sesuatu yang baru buat kita semua. Namun sesuatu pekerjaan itu akan jadi seronok apabila kita ada rakan sekerja yang ‘masuk air’ dan boleh diajak bergurau.


Cuba bayangkan rakan sekerja korang bukan sahaja boleh diajak bergurau sekali, malah boleh dipeluk dan dicium pada bila-bila masa!

Itulah yang berlaku di Hospital Epworth, Australia apabila pihak pengurusan bertindak melantik seekor kucing menjadi pengawal keselamatan di situ. Lebih lucu, kucing yang bewarna Oren itu turut diberi nama sebagai Elwood.

1 11

3 8

Menurut hasil temu bual bersama ‘rakan sekerja’ Elwood, Chantel Trollip, kucing berwarna oren itu sering dilihat bermain di pintu utama hospital pada setiap hari sejak tahun lepas.

“Dia meluangkan masanya dengan ‘menjaga’ kawasan hadapan hospital, dan memeriksa jika ada pengunjung yang memerlukan perhatian untuk diberi”

4 3

5

Semuanya bermula apabila Trollip dalam perjalanan pulang dari kerja dan perasan ada sesuatu pada leher Elwood.

“Pada bulan Jun lalu, saya ingat dia hanyalah kucing jalanan. Namun, kini dia ada tag nama sendiri yang sama seperti pekerja di hospital ini”

Selepas beberapa hari memerhati, rupa-rupanya Elwood bukanlah kucing jalanan seperti yang disangka. Dia mempunyai tuan sendiri dan akan datang ‘bekerja’ di hospital untuk mengisi masa terluang.

Jika Elwood boleh dapat kerja sebagai pengawal keselamatan, kita semua pun boleh!

Berikut adalah gambar Elwood sedang menjaga kawasan hospital daripada ancaman bahaya, garang betul muka!

6

 

Sumber: BoredPanda

 

BACA: ‘Otter’ Berumur 4 Bulan Ditemui Mati Lepas Tercekik Mata Kail Yang Dianggap Makanan

Cats 11

Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda
Sumber: BoredPanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.