in

Kanak-kanak 8 Tahun Memandu Ke McDonald’s Setelah Belajar Video Tutorial di YouTube

Feature Burger Kids

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah ini pasti akan membawa kerugian besar kepada sekolah-sekolah memandu di serata dunia. Percaya atau tidak, budak lelaki berusia lapan tahun ini berjaya memandu ke McDonald’s hanya dengan mempelajari teknik memandu dari laman tutorial Youtube. Pandainya!


Mc D Burger

Menurut Fox 8, kanak-kanak tersebut bersama adik perempuannya menyelinap keluar dari rumah mereka di East Palestine, Ohio pada pukul lapan malam tanpa disedari ibu bapa. Bapa kepada kanak-kanak tersebut kebetulan tidur awal, manakala ibunya pula terlena di sofa.

Menggunakan van milik bapa mereka, kedua-dua adik beradik tersebut dengan senang hatinya memandu ke McDonald’s. Beraninya ko dik!

Kids Driving 1

Kanak-kanak itu dikatakan memandu sejauh satu batu (bersamaan dengan 1.6 km) dengan melalui empat persimpangan, sebuah landasan kereta api dan juga beberapa selekoh. Saksi yang melihat keadaan berkenaan mengakui yang kanak-kanak lelaki itu mengikuti peraturan dan juga had laju memandu dengan baik. Pemandu contoh ni!

Walau bagaimanapun, nasib baiklah seseorang yang mengenali keluarga kanak-kanak tersebut kebetulan berada di restoran McDonald’s yang sama dan menyedari kehadiran kanak-kanak itu di situ. Lalu dia cepat-cepat menghubungi datuk dan nenek mereka.

Bila disoal polis, budak lelaki itu dengan jujurnya menjelaskan tentang kebolehan memandunya yang dipelajari hanya dari Youtube.

Sungguhpun begitu, syukurlah kanak-kanak tersebut tidak terlibat dalam sebarang kemalangan dan mereka juga sempat menikmati burger McDonald’s yang dipesan!

Meh kakak belanja Happy Meal. Lain kali jangan buat lagi tau!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.