Kanak-kanak 12 Tahun Ditahan Positif Dadah Ketika Serbuan AADK di Hotel Bajet

Jadikan sumber pilihan di Google
Kanak-kanak 12 Tahun Ditahan Positif Dadah Ketika Serbuan AADK di Hotel Bajet

Kanak-kanak berusia 12 tahun kebiasaannya berada di rumah pada waktu malam menonton rancangan kegemaran di televisyen atau mengulangkaji pelajaran.

Berbeza dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini yang ditangkap di sebuah bilik hotel bajet ketika serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) malam semalam. 


Kanak-kanak itu merupakan antara empat individu yang ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di Butterworth, Pulau Pinang. Malukan mak bapak je!

Kanak1
Sumber: Harian Metro

Kanak-kanak itu ditangkap bersama seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun di sebuah bilik hotel ketika operasi Op Sarang yang dijalankan AADK di sekitar negeri itu.

Selain itu, 53.5 gram syabu dan 3.65 gram dadah jenis heroin turut dirampas.

Dadah2
Gambar hiasan

Menurut jurucakap AADK, seramai 10 orang diperiksa ketika operasi itu dan empat daripadanya positif dadah.

“Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bimbang memikirkan generasi akan datang, setiap hari ada sahaja berita melibatkan mereka yang dibawah umur. Seperti baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan dua mengaku melakukan hubungan seks bersama sekurang-kurangnya 13 lelaki. Apa lah nak jadi….

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kanak-kanak 12 Tahun Ditahan Positif Dadah Ketika Serbuan AADK di Hotel Bajet
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kanak-kanak-12-tahun-ditahan-positif-dadah-ketika-serbuan-aadk-di-hotel-bajet/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen