“Kan best macam ni…” – Netizen Tersentuh Tengok Orang Ramai Jaga Mangsa Kemalangan Sebelum Ambulan Sampai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila tengok rakyat Malaysia bersatu untuk menghulurkan bantuan memang rasa tersentuh hati tengok kan? Itulah yang berlaku baru-baru ni di Sitiawan apabila sekumpulan orang awam menjadi saksi seorang lelaki cedera akibat kemalangan.

Kemalangan itu berlaku pada pagi semalam (24 Jun) berdekatan dengan sebuah pasar raya kira-kira jam 10 pagi. Menurut saksi, orang awam yang berada di kawasan berdekatan semua berpusu-pusu menuju ke arah penunggang motor yang terbaring di atas jalan.

Sumber: WOB

Menurut WORLD OF BUZZ, ketika kejadian cuaca tiba-tiba hujan dan mereka yang ada di situ membuat keputusan untuk menunggu dan menjaga mangsa sehingga ambulan sampai.

Beberapa orang mula membuka payung yang diambil dari kereta dan menghalang air hujan daripada terkena mangsa. Ada juga yang bantu jaga lalu lintas supaya ambulan diberikan jalan untuk sampai ke tempat kejadian.

Ramai netizen tersentuh dengan apa yang berlaku apatah lagi melihat orang awam itu semua terdiri daripada kaum dan agama yang berbeza. Difahamkan ambulan tiba 20 minit kemudian namun menurut salah seorang yang menunggu mangsa tu, walaupun hujan lebat ketika itu tapi dia berasa gembira sebab dapat bantu menjaga penunggang tu.

Sumber: WOB

Kata mereka, disebabkan tak dapat bantu alihkan mangsa jadi mereka buat keputusan untuk tunggu di situ bersama dengan dia sehingga ambulan sampai dan bawa ke hospital.

Ini barulah semangat Malaysia baru! Bukan bergaduh, sindir atau bersikap racist. Korang ada pengalaman lebih kurang macam ni? Cuba share dekat komen!

Baca: “Mulia hatimu nak” – Cikgu Terharu Tengok Anak Murid Sanggup Dukung Kawan Autistik Dalam Hujan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!