in

“Mulia hatimu nak” – Cikgu Terharu Tengok Anak Murid Sanggup Dukung Kawan Autistik Dalam Hujan

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
“Mulia hatimu nak” - Cikgu Terharu Tengok Anak Murid Sanggup Dukung Kawan Autistik Dalam Hujan
Loading
/

Di era serba canggih ini, kadang-kadang kita leka dengan perbuatan-perbuatan tak elok orang lain yang sering viral di internet sampai kita lupa ada banyak lagi perbuatan baik yang sepatutnya diberikan perhatian yang lebih.


Macam baru-baru ini, seorang cikgu kelas khas, Maslika Ramli telah mengambil satu video menyentuh hati dan kongsikan video tersebut di Facebook Group “Autisme Malaysia“.

Dalam video dekat atas ni, korang boleh tengok seorang budak perempuan sedang meredah hujan sambil mendukung seorang pelajar autism dibelakang bersama payung di tangan bagi melindungi mereka dari basah.

Umbrella

Maslika yang terharu dengan apa yang dilihatnya ini mahu kongsikan video tersebut untuk memberitahu ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa bahawa masih ramai lagi insan-insan dekat luar yang prihatin dengan mereka.

“Kejadian sewaktu hujan lebat awal pg td, yg didukung itu murid sy, murid pendidikan khas…tp yg mendukung tu murid kelas perdana… 

“Sy berkongsi video ini kerana sy mahu ibu bapa yg memiliki anak berkeperluan khas yakin dan percaya bahawa masih ramai insan yg prihatin pd anak2 tuan puan…

“Sesungguhnya mereka adalah anugerah Allah utk kita semua…menyantuni mereka dalam apa jua cara… 

“Maaf tuan puan…murid berdua ini adalah pelajar perempuan…”

Video ini telah mendapat reaksi sebanyak 2000 lebih dan dikongsi lebih dari 200 kali. Ramai netizen memuji tindakan budak perempuan ini.

Screenshot 2019 06 21 At 10.45.08 Am

Memang betul mulia hati budak tu. Tindakan budak ni memang patut dijadikan contoh. Harapnya ramai lagi generasi-generasi baru yang bertimbang rasa macam ni.

 

Baca: “Kawan terbaik!” – Pelajar Kendong Sahabat OKU Dari Rumah ke Kelas Sejak Usia 6 Tahun

Screenshot 2019 06 21 At 10.51.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.