in

“Kami saja nak buat prank” – Lelaki Singapura Buat Video ‘Sebarkan Virus Wuhan’, Tinggalkan Air Liur Dekat Botol Air di Pasar Raya

Kiasu Perangai

Penularan wabak Coronavirus membuatkan ramai orang semakin berhati-hati apatah lagi ianya boleh merebak melalui air. Sebelum ini, satu video viral menunjukkan seorang lelaki sengaja meludah dan mengelap air liurnya pada butang lif untuk sebarkan virus itu.

Kali ini, kes lebih kurang sama berlaku tetapi di Singapura pula di mana sekumpulan remaja rasa ianya satu bahan jenaka, lapor AsiaOne. Melalui satu rakaman Instagram story yang viral, kumpulan remaja itu telah membuat onar di sebuah pasar raya kononnya ia tutorial ‘Bagaimana Untuk Sebarkan Virus Wuhan’.

Forft1

Forft4
sumber: asiaone

Dalam klip berdurasi 25 saat itu, seorang remaja lelaki dilihat sedang berdiri di depan peti sejuk yang menyimpan air botol berperisa dekat pasar raya tersebut.

Dia kemudian sedang memilih air dan rakannya yang merakam kemudian bertanya, ‘Nigel, macam mana kamu nak tahu sedap atau tidak?’. Dia menjawab,

Kita cuba lorh…”

Forft2
sumber: asiaone

Lepas tu dia ambil salah satu botol, buka penutup dan minum. Dengan selamba, remaja tu tutup balik penutup dan letak semula dekat rak peti ais balik! Kawan dia pun ada cakap,

Tak sedap ah? Letak balik ah.”

Forft3
sumber: asiaone

Bukan setakat satu, dia kemudian buat lagi perkara yang sama dan letak balik botol jus yang dah dibuka serta diminum di atas rak. Tapi lepas video tu viral dan obviously ramai kecam tindakan jijik mereka, kumpulan remaja itu mendakwa mereka sebenarnya bayar jus tersebut dan ia hanyalah prank semata-mata.

Menurut Mothership, mereka juga dah tampil buat permohonan maaf dan mengaku yang mereka sedar perbuatan itu semua salah. Selain tu, mereka juga berharap diberi peluang kedua dan berjanji tidak akan berbuat perkara yang sama di masa hadapan.

Memang kami seperti kebudak-budakan dan tidak matang. Saya tahu ramai yang cakap kami patut dipenjara dan dihukum. Tapi saya harap kami diberi peluang kedua.”

Saya betul-betul berharap peluang kedua diberikan kepada kami kerana kami masih muda dan sedang belajar.”

Teruk betul perangai. Time tengah kecoh coronavirus ni boleh pulak nak prank bagaiii.

Baca: “Tengah darurat pun takde sivik” – [VIDEO] Sengaja Sapu Air Liur Dekat Butang Lif, Nak Jangkitkan Orang Lain Dengan Coronavirus

Sapu Air Liur