in

“Kami kongsi banyak persamaan” – Shila Amzah Bercinta Dengan Ubai?

Shila Amzah Ubai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi selebriti juga bermakna kehidupan peribadi anda menjadi sesuatu yang umum, begitulah yang terjadi kepada penyanyi Pop ternama tempatan Shila Amzah.


Baru-baru ini, pelantun lagu Patah Seribu itu menerusi sebuah sesi live di TikTok berkongsi beliau sedang rapat dengan personaliti media sosial Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai.

Dalam laporan Harian Metro, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu berhadapan dengan fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.

Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CkfVx4cgVPA/

Menurutnya lagi, pengakuan Shila itu dibuat secara spontan dalam sesi live yang ditonton oleh lebih 13K followers.

“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.

Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.

Persoalan hubungan kedua-dua mereka itu telahpun terjawab malah, ia dikuatkan lagi apabila Shila ‘terpanggil’ Ubai dengan nama ‘sayang’.

Doakan baik-baik untuk mereka k?  

Baca: “Dalam bidang ni, macam-macam boleh kena” –  Shila Amzah Terkena Buatan Orang?

Shila Amzah Kena Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.