in

“Kami juga ada tanggungan perlu dibayar” – 3 Kali Kena PKPD, Penduduk di Tawau Buat Protes Aman

Pkpd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 3 kali dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penduduk di Kampung Baru Pasir Puteh, Tawau, Sabah telah mengadakan protes aman untuk membantah perlanjutan PKPD tersebut di kawasan mereka, malam tadi.

Menurut Berita Harian, perhimpunan tersebut bermula sekitar jam 7.30 malam dan berlangsung secara aman dengan kehadiran PDRM dan RELA serta anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Protes

Kebanyakan daripada penduduk di situ nampaknya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lanjutkan tempoh PKPD di lokaliti itu selama 2 minggu lagi bermula esok hingga 12 Mei.

Sebelum ini, Kampung Batu Pasir Putih telah dikenakan PKPD pada 1 April hingga 14 April lepas dan dilanjutkan lagi sehingga 28 April. Uish dekat sebulan tu… 

 

Rayu agar tamat PKPD supaya boleh keluar cari nafkah 

Seorang penduduk bernama Awalluddin, 38, berkata, dia merayu supaya PKPD ditamatkan agar mereka semua boleh keluar bekerja untuk mencari nafkah.

Tuntutan mereka katanya wajar dipertimbangkan dengan mengambil kira keadaan semasa dan jumlah kes yang direkodkan di kampung tersebut juga sudah mencapai tahap rendah.

Pkpd Taman Guru 1619263343

Kami tidak menafikan ada menerima bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan sumbangan wakil rakyat namun kami juga ada tanggungan termasuk hutang bank, kereta dan lain-lain yang perlu dibayar,” katanya.

Perhimpunan yang berlangsung selama 3 jam itu dihadiri 300 orang, namun kemudian mereka diminta bersurai oleh pihak polis tanpa sebarang keadaan tak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas yang berada di lokasi berkata, setiap tuntutan, rungutan dan permintaan penduduk kampung di situ akan dibawa ke Mesyuarat PKOB daerah dan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Penduduk di setiap lokaliti yang masih diisytiharkan sebagai kawasan PKPD diharap memberi kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan swab test untuk mengesan individu yang positif COVID-19,” katanya.

Harap adalah penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Dah lama juga tu dorang dalam PKPD. 

Baca: KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail Sabri

Sabri

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.