in

KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail Sabri

Mkn2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa keputusan rentas negeri itu akan bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Raya ini sama ada boleh balik kampung atau tidak, Kementerian Kesihatan yang akan buat keputusan dan sama ada sidang khas MKN membenarkannya atau tidak.


“Katakan bulan Mei nanti, mengikut jangkaan KKM kes turun menjadi 500, mungkin ketika itu KKM akan buat penilaian risiko dan nasihatkan kita,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sementara itu, berita baik bagi peminat bola sepak,  MKN juga telah bersetuju benarkan penyokong ke stadium bagi saingan bola sepak liga Malaysia bermula 1 April ini.

Bagi kawasan PKPB , hanya 10 % dari kapasiti penonton atau 2,000 orang, manakala, bagi  kawasan PKPP, sebanyak 25% dari kapasiti penonton atau 8,000 orang.

 

Baca : “Doakan kita boleh balik kampung raya aidilfitri tahun ni” –  Ismail Sabri

Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.