in

“Kami dah lama reda” – Akhirnya Terjawab! Keluarga Mangsa ‘Rangka Dalam Tangki Air’ Syukur Boleh Urus Kebumi Mayat

Rangka Dalam Tangki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir setahun hilang, polis akhirnya hari ini mengesahkan rangka yang dijumpai dalam tangki air di Felda Palong 12 pada Mac lepas sah milik Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22. 


Menurut Sinar Harian, pengesahan ini dilakukan berikutan ujian DNA yang dilakukan 3 bulan lepas terhadap pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UITM) Raub, Pahang tersebut.

378373
sumber: sinar harian

 

“Keluarga sudah lama reda, kami bersyukur semuanya sudah selesai” 

Abang kepada mangsa, Muhamad Afiq Azim Mat Ani, 24, berkata, setelah hampir setahun semuanya berlaku, mereka sekeluarga kini sudah reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam adik beradik tu.

“Keluarga sudah lama reda, kami bersyukur semuanya sudah selesai. 

“Apa yang kami nantikan ialah keputusan DNA kerana urusan pengebumian jenazah terpaksa ditangguh sehinggalah semuanya terjawab.

“Sekarang keluarga boleh tuntut jenazah dan menyempurnakan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Image 1
sumber: carigold
Mayat
Rangka yang ditemui dalam tangki air | sumber: facebook

 

Terpaksa tunggu lebih 3 bulan untuk kebumi mayat adik 

Apa-apapun keluarga arwah Aiman berterima kasih kepada pihak polis dan semua yang terlibat dalam memudahkan proses melibatkan mangsa. Syukurlah kini mayat mangsa yang hilang semenjak Julai 2018 ini sudah boleh dikebumikan.

“Selama ini kami hanya menunggu kepastian dan sementara menunggu keputusan urusan lain tidak boleh dilaksanakan.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Keratong, Rompin,” kata Muhamad Afiq Azim Mat Ani.

66066148 481565629079229 599213448928165888 N
sumber: facebook

Takziah buat keluarga mangsa. Diharapkan mereka tabah dalam hadapi ujian berat ini. Al fatihah… 

Baca: “Was-was nak guna air tadah” – Netizen Terkedu Bila Tahu Bekalan Air Terganggu Sebab Ada Mayat Dalam Kolam Air?

Tangki Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.