in

“Was-was nak guna air tadah” – Netizen Terkedu Bila Tahu Bekalan Air Terganggu Sebab Ada Mayat Dalam Kolam Air ?

Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin yang bukan penduduk di kawasan tu pun terkejut, tergamam, geli, takut, ngeri semua bercampur aduk bila dapat tahu pasal kes ini.


Penduduk di Palong, Negeri Sembilan ini mengalami gangguan bekalan air pada hari Sabtu 23 Mac 8 malam sehingga Ahad 24 Mac (Ahad) 8 malam yang lepas di kawasan Palong 12 hingga Palong 16.

Menurut Pusat Perkhidmatan Pelanggan  – Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains), gangguan bekalan air itu berpunca daripada masalah teknikal tapi tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.

 

Terjumpa mayat terapung?

55485140 391246291708252 1209184493852688384 N

54729282 391246431708238 6714530357628108800 N

Bagaimanapun menurut info yang dikongsikan melalui Group Facebook ini, Ketua Perhubungan Awam Sains menjelaskan bahawa ia disebabkan ada mayat dijumpai terapung dalam tangki air simpanan di akwasan tersebut.

Pihak Sains kini dalam proses pembersihan kawasan tersebut.

“MAKLUMAN
25 MAC 2019

Berikutan gangguan bekalan air di Palong 12 hingga 16 pada 24 Mac 2019 (8pm) hingga 25 Mac 2019 (8pm)merupakan tindakan pantas SAINS berpunca dr penemuan mayat di dalam Kolam Palong 12 semalam.

Kolam SAINS adalah kawasan larangan dan sedia maklum ianya berkunci.

Pada masa ini SAINS dalam usaha membersihkan semula kolam tersebut sebelum bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan terlibat.

Berikutan kes penemuan mayat berkenaan maka isu selanjutnya boleh dirujuk di Balai Polis Jempol yang berdekatan.

TAMAT

NORZITA ISMAIL
KETUA BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM SAINNS”

55795195 391246328374915 1998923027038863360 N 55823789 391246361708245 4277348910655078400 N 55853709 391262305039984 1817156660997652480 N 55887632 391246235041591 5722793465197101056 N

Namun begitu, info yang disebarkan ini masih belum disahkan oleh pihak SAINS secara rasmi lagi. Kesan daripada penyebaran berita ini, ia telah membimbangkan penduduk yang menggunakan air tadah yang mereka dah gunakan.

Bukan itu sahaja, netizen juga terkejut bila melihat keadaan mayat itu yang seolah-olah macam dah reput.

 

Netizen mohon pencerahan

Palong Palong2

Siapa je lah yang tak bimbang kalau dah terjadi khabar angin, ada netizen yang cuba hubungi pihak SAINS namun wakil daripada pihak mereka enggan mengulas isu tersebut. 

 

Baca : Siapa Bunuh Elisa Lam? Mayat Dijumpai Dalam Tangki Air Hotel, Kematian Gadis Misteri Masih Jadi Tanda Tanya Hingga Kini

Tangkiair

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.