in

“Kami akan beritahu dalam masa terdekat”- Ernie Zakri & Syamel Bakal Disatukan Hujung Bulan Ini?

Syamel Erni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berakhirnya debaran Anugerah Juara Lagu ke-35, muncul satu khabar angin lain mengenai pemenang Vokal Terbaik pertandingan itu iaitu Ernie Zakri.


Desas desus mengatakan yang Ernie dan pasangannya yang juga penyanyi, Syamel bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

22

Bagaimanapun Ernie berkata buat masa ini mereka tidak dapat membuat pengumuman rasmi kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan penting, lapor mStar.

Kami harus menunggu beberapa urusan untuk diselesaikan dan kami akan beritahu dalam masa terdekat, inshaallah.”

“Bukan niat untuk merahsiakan (tarikh pernikahan) tetapi lebih kepada nak selesaikan semua perkara terlebih dahulu, itu yang saya boleh katakan setakat ini”.

https://www.instagram.com/p/CIxGd1mJp-B/

Menurut sumber, mereka berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

Namun, ia hanya sekadar khabar angin, lebih baik tunggu tuan punya badan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara ini.

 

Baca : “Ni bukan competition nak tengok keberanian”  Mira Filzah Puji Nabila Razali, Netizen Tak Setuju

Nabila

Sumber: instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.