in

“Ni bukan competition nak tengok keberanian” – Mira Filzah Puji Nabila Razali, Netizen Tak Setuju

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) telah pun bersiaran langsung malam tadi dan “Gila” nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B dinobatkan sebagai juara lagu keseluruhan.



Selain persembahan vokal yang mantap oleh Ernie Zakri dan Aina Abdul, apa yang menjadi buah mulut orang ramai juga adalah nyanyian dari Nabila Razali yang membawakan lagunya berjudul “Peluang Kedua”.

Nabila

Ketika lagu tersebut dinyanyikan secara live, Nabila dilihat agak sukar menyanyikan lagu tersebut dan ada part dia terkucil.

Ekoran ini, ramai netizen memberikan pendapat mereka tentang nyanyian Nabila ini, ada yang kritik dan ada juga yang memberikan sokongan terhadap penyanyi ini.

Mira Filzah juga turut berikan komennya mengenai persembahan Nabila ini di Twitter peribadinya. Mira berpendapat, penyanyi kecil molek ini berani membawakan lagu tersebut secara langsung.

“Ni bukan competition nak tengok keberanian”

Pun begitu, pendapat Mira Filzah ini tak dapat diterima oleh kebanyakan netizen yang komen di ruangan ciapannya itu.

Screenshot 2021 03 15 At 11.05.46 Am Down

Oklah yang penting dia cuba juga bawa lagu ni kan? Harap-harap satu hari nanti Nabila boleh buktikan yang dia memang boleh bawa lagu ni secara langsung.

 

Baca: “Biarlah mereka nak kecam saya” – Isu Tweet ‘Sindir’ Peluang Kedua, Ini Respon Hafiz Hamidun

Hh4

Sumber: Sabah Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.