in

“Kalau ye pun kenapa dalam tu?” – Remaja Tak Balik Rumah, Kantoi Berdua-duaan Dengan Lelaki Dalam Reban Ayam

Kantoi Dalam Reban Ayam

Kebiasaannya kita dengar pasangan tanpa ikatan yang sah ditangkap khalwat di hotel murah, rumah atau dalam kereta ke kan? Tapi kali ni, seorang lelaki dari Indonesia telah ditangkap berdua-duaan bersama seorang remaja berusia 13 tahun dalam reban ayam!

Menurut Tribun, kedua-dua mereka memang sudah lama mengenali antara satu sama lain dan dikatakan sering berhubung serta berkomunikasi dipercayai melalui media sosial.

Lelaki tersebut dikatakan mula mendekati remaja perempuan tu melalui Facebook. Mula-mula dia add friend, lepas tu mereka selalu berkomunikasi di media sosial tu sehinggalah pada satu hari dia ajak remaja tu berjumpa.

Add Friend Fb
gambar hiasan

Memandangkan mereka tinggal di perkampungan yang sama, lebih mudah untuk berhubung dan sebenarnya sebelum ini kedua-duanya pernah berjumpa beberapa kali.

Pada 7 Julai baru-baru ini, mereka berdua berjumpa dan lelaki tu mengajak remaja tersebut jalan-jalan sehingga lewat petang. Bila menjelang waktu malam, dia ajak pula remaja tu ke reban ayam.

Reban
gambar hiasan

Keluarga remaja tu menyedari yang dia masih belum pulang jadi ibu bapanya mulakan pencarian di sekitar kawasan kampung. Akhirnya, kira-kira jam 11 malam, keluarga remaja tu berjaya jumpa pasangan itu di dalam reban ayam milik salah seorang penduduk kampung.

Lelaki itu ditangkap sedang tidur dengan remaja wanita terbabit dalam reban ayam tersebut. Menurut laporan, lelaki itu mengaku walaupun dah beberapa kali mereka berjumpa tapi itu adalah kali pertama dia merogol remaja tersebut.

Lelaki
gambar hiasan

Tidak dinyatakan apakah hukuman yang mungkin dikenakan terhadap lelaki terbabit tetapi kes remaja itu kini ditangani satu pertubuhan yang melindungi wanita serta kanak-kanak.

Kenapalah dia setuju bila lelaki tu ajak pergi reban ayam. I mean, takkan dia tak pelik dah kenapa kau ajak pergi reban?

Baca: “Dia bukak seluar dan mula peluk saya” – Wanita Hampir Dirogol Pemandu Masa Naik Bas Waktu Malam Di JB

D 1