in

“Dia bukak seluar dan mula peluk saya” – Wanita Hampir Dirogol Pemandu Masa Naik Bas Waktu Malam Di JB

D 1

Sekarang ni memang senang nak dapatkan public transport tapi pada masa yang sama risiko naik kenderaan awam pun makin meningkat waktu tengah malam. Lagi-lagi untuk wanita.

Macam kejadian yang diceritakan oleh seorang wanita di Facebook tentang adiknya yang hampir dirogol oleh pemandu bas ketika dia menaiki satu bas kilang dari Kompleks Kastam Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Sultaniskandarciq
Sumber: wikipedia

Wanita ini turut memuatnaik gambar laporan polis yang dibuat oleh adiknya menceritakan tentang apa yang berlaku pada malam 25 Jun lalu pukul 12.30am.

Menurut laporan tersebut, mangsa telah menumpang bas kilang dengan nombor plat BHK 9333 yang menghala ke Skudai namun ketika itu hanya dia seorang saja penumpang di dalam bas tersebut.

Pemandu bas yang berumur lebih kurang 30 tahun tu tiba-tiba berhentikan bas dekat depan McDonalds Taman Sutera dengan alasan bas tersebut rosak.

Merasa seperti ada sesuatu yang tak kena, wanita ini meminta pemandu bas tersebut untuk buka pintu supaya dia boleh turun dari bas. Tapi…

Pemandu bas tersebut menutup semua langsir bas sebelum membuka seluarnya dan meluru ke arah saya dan mula memeluk dan cuba untuk merogol saya.”

Nasib baik wanita ini melawan. Dia menendang kepala pemandu tersebut sebelum berlari ke hadapan untuk cuba buka pintu bas namun gagal.

Kerana panik dan takut akan keselamatan dirinya, wanita ini cuba untuk menghidupkan enjin bas dan perbuatannya ini menyebabkan pemandu bas itu takut dan terus membuka pintu bas dan membenarkan wanita tersebut turun.

居然会发生在我妹身上!25/6 晚上12.30 我妹妹在CIQ Johor上了一辆 BHK9333 的蓝色厂车,那么巧就她一人,等了一会儿,没人上车,司机就开车。她要tumpang到国光下车,但是突然在tmn…

Posted by Hui Cheng on Tuesday, June 25, 2019

Wanita ini juga menjelaskan sebab dia buat laporan polis ini supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut dan berharap perkara ini tak akan berulang pada penumpang lain.

Nasib baiklah wanita ni selamat dan tak dicederakan. Memang menakutkan kalau kita ada dekat tempat dia.

Lepasni korang semua hati-hatilah kalau nak naik public transport waktu malam. Kalau boleh janganlah naik sorang-sorang.

 

Baca: Kejam! Remaja Mati Dibakar Hidup-hidup Lepas Enggan Tarik Dakwaan Dirogol Oleh Pengetua Sekolahnya.

Screenshot 2019 06 28 At 2.19.36 Pm