in

Kalau Orang Asia, Afrika Dan Arab Dipanggil Imigran Tapi Mat Saleh Dipanggil Expat. Kenapa?

Expat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kat Malaysia ni memang ramai rakyat dari pelbagai negara datang berkunjung dan mencari rezeki. Kalau mat saleh selalunya orang akan refer kat dorang sebagai expat ataupun ekspatriat.

Tapi yang peliknya kalau orang Asia, Afrika atau Arab, dorang ni akan dipanggil imigran ataupun pendatang. Kenapa ye?


Orang yang tinggal di selain negara tempat lahirnya ialah expat

Ekspatriat ataupun expat ni adalah seseorang yang tinggal di negara bukan tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Menurut seorang aktivis sosial bernama Mawuna Remarque Koutonin dalam artikel dia, expat ni sebenarnya someone yang duduk luar dari negara asal dia untuk satu jangka masa, tidak kiralah asal dari mana.

“Tak kisah warna kulit atau negara asal, seseorang yang tinggal kat luar dari negara tempat lahir dia ialah seorang ekspatriat,” kata Koutonin.

Pic 1 Expats In Msia
sumber: expatgo

Tapi kenapa orang Afrika, Asia dan Arab dipanggil imigran?

Maknanya semua orang warga asing yang datang kat negara kita ni patut dipanggil expat. Yang anehnya kalau mat saleh je orang panggil expat, tapi orang Afrika, Asia dan Arab semua tu dipanggil imigran ataupun pendatang.

Menurut Koutonin, orang Eropah kononnya tak boleh disamakan dengan kaum lain. Dan sebabnya sangat tak munasabah.

“Mereka orang Eropah tidak boleh sama level dengan etnik yang lain. Ini kerana mereka superior. Imigran tu sebenarnya satu term lain untuk bangsa yang inferior. 

“Dalam lexicon migrasi manusia, ada certain perkataan memang dicipta untuk letakkan orang Eropah lebih tinggi dari orang lain. Dan salah satu dari perkataan tu adalah expat.

Crab Factory My 1St Birthday Party In Kuala Lumpur With Maria Tunku Sabri Tv3 Presenter Best Seafood 1
sumber: expatangela

 

Double standard dari ideologi supremasi yang lapuk

Semua ni sebenarnya double standard dan orang Eropah sebenarnya enjoy kelebihan mereka dipanggil expat tapi orang lain imigran tak pun pendatang. Ini sebenarnya berasal daripada ideologi supremasi zaman dulu yang sepatutnya dah ketinggalan zaman.

Jadi kalau korang nampak warga asing kat Malaysia ni, semua kena panggil expat tau. Tak kisahlah dorang dari Eropah ke, Afrika ke, Asia ke, semuanya perlu panggil expat, bukannya imigran atau pendatang. Jangan galakkan budaya double standard ni!

Baca: 7 Sisi Gelap Vietnam Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Saasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.