‘Kalau nak jadi King, bunuh anak kau’

Tambah ke Sumber Pilihan
‘Kalau nak jadi King, bunuh anak kau’

Malang bagi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun apabila dia maut ditetak bapanya sendiri ketika sedang tidur di rumah keluarga dekat Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.30 petang semalam (13 Ogos).

Menurut Sinar Harian, mangsa cedera ditetak sebanyak 3 kali pada bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan serta disahkan meninggal di tempat kejadian. Bapa mangsa yang bertugas sebagai Rela dan berusia 35 tahun itu juga berada di rumah ketika kejadian berlaku.


39105146 1043545389156504 2523275483760558080 N
Sumber: Facebook
39065063 1043545589156484 1310616799452069888 N
Sumber: Facebook

Ketua Polis Daerah Subang Jaya berkata, pihak polis pada awalnya terima panggilan yang dakwa terdapat seorang kanak-kanak jatuh dari tingkat 4 pangsapuri kos rendah dalam keadaan berlumuran darah.

39135562 1043545735823136 2945230212134076416 N
Sumber: Facebook

Bila tiba di lokasi, didapati mangsa bukannya jatuh tapi mati ditetak parang oleh bapa kandung. Allahu kenapa sampai macam ni…

“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.

“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” kata polis. Aduhh king apa pulak ni? 

Image 3
Sumber: Kosmo!

Lebih menyedihkan, si bapa pulak katanya peminum ketum tegar dan ada rekod lampau bersabit kes dadah. Ujian air kencing jugak mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan kat tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian juga ditemui dalam rumah.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semoga keluarga mangsa terutama si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.

Baca: Bayi 3 Bulan di Seri Iskandar Patah Tangan Didera Pengasuh 

Bayi

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

‘Kalau nak jadi King, bunuh anak kau’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kalau-nak-jadi-king-bunuh-anak-kau/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM