“Kalau nak buat, buat. Tapi…” – Viral Pasangan Antivaksin Dine-In, Dato’ Ayob Khan ‘Warning’ Pasal Eksperimen Sosial

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kalau nak buat, buat. Tapi…” – Viral Pasangan Antivaksin Dine-In, Dato’ Ayob Khan ‘Warning’ Pasal Eksperimen Sosial

Susulan viral pasangan suami isteri membuat eksperimen sosial baru-baru ini dan selepas mereka berdua ditahan pihak polis, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay tampil memberi amaran kepada sesiapa yang berniat untuk membuat perkara yang sama.

Menerusi sebuah video daripada Sinar Harian, dia berkata jika pihaknya mendapati terdapat ada yang membuat eksperimen sosial sebegitu, individu tersebut akan dikompaun. Katanya lagi, pihaknya mempunyai pasukan pemantauan yang akan sentiasa memeriksa untuk mengekang perkara sebegitu daripada berlaku.


Jangan mengambil kesempatan, jangan nak buat eksperimen. Kita ada team team pemantauan kita yang membuat pemantauan di semua tempat termasuklah restoran dan sebagainya.”

AntivaksSumber: Lobak Merah

Bukan itu saja, Dato’ Ayob turut berkata jika sesiapa berdegil dan tetap mahu membuat eksperimen sosial, mereka perlu tahu dan tanggung akibatnya jika pihak polis berjaya menangkap.

Kalau nak buat juga, buatlah tapi (kena tahu) implikasinya besar. Kalau kita dapat tangkap, kita akan bagi kompaun.”

Kita ada banyak kaedah untuk kita memeriksa. Jadi eloklah jangan buat eksperimen. Kalau kita dapat tangkap, terimalah akibatnya.”

Terdahulu, sepasang suami isteri tular di media sosial selepas memuat naik status membuktikan mereka berjaya masuk dan makan di sebuah restoran meskipun tidak mengambil suntikan vaksin. Posting yang dibuat oleh si isteri itu telah menimbulkan kekecohan serta kemarahan netizen terutamanya bagi mereka yang telah lengkap mendapatkan dua dos vaksin Covid-19.

Menurut mereka, tindakan golongan seperti suami isteri tersebut akan menimbulkan kegusaran orang ramai tentang keselamatan mereka jika wujudnya restoran yang tidak memeriksa sijil digital vaksin setiap pelanggan mereka.

Baca: Polis Tahan Suami Isteri ‘Show Off’ Dapat Makan Di Restoran Walaupun Tak Ambil Vaksin

Pasangan Tular Buat Eksperimen Sosial Makan Di Restoran Tanpa Lengkap 2 Dos Sudah Ditahan Polis.jpg.webp

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kalau nak buat, buat. Tapi…” – Viral Pasangan Antivaksin Dine-In, Dato’ Ayob Khan ‘Warning’ Pasal Eksperimen Sosial
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kalau-nak-buat-buat-tapi-viral-pasangan-antivaksin-pergi-restoran-dato-ayob-khan-warning-eksperimen-sosial/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM