in

“Kalau menggembirakan biarlah” – Lelaki Viral Deyyy Tak Kisah Orang Buat Parodi Tentang Dia

Deyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan lelaki berbangsa India dengan mimik muka melucukan semasa kejadian rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman.


Video ni boleh dikatakan viral ‘teroks’ la jugak sehingga ada di antara netizen mula membuat parodi dengan menggunakan hashtag #DeyChallenge atau #Theyychallenge.

#TheyyyyChallange ???

Posted by Haa Lam Mim Yaa on Tuesday, November 27, 2018

 

Lelaki viral tak kisah netizen tiru gayanya, tak sengaja buat mimik muka seperti itu 

Pun begitu menurut Sinar Harian, lelaki terbabit, S Kanagarajah sebenarnya tak kisah dengan tindakan netizen yang meniru gayanya dan anggap perkara tersebut sangat melucukan.

“Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah.

“Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu,” katanya.

Posted by Haa Lam Mim Yaa on Tuesday, November 27, 2018

 

“Saya buat macam tu sebab terlalu kecewa”

Dalam pada masa yang sama, Kanagarajah mengaku dia sangat kecewa dengan insiden yang berlaku baru-baru ini. Video itulah yang menggambarkan kekecewaannya pada masa tu.

“Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu. 

“Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

“Jadi kami mahu lindungi mereka,” ceritanya apabila kuil tersebut dimasuki sekumpulan lelaki yang membawa senjata tajam.

Macam manapun, dia mengaku yang perkara ini berlaku bukan sebab isu perkauman kerana baginya, dia berkawan dengan semua orang. Malah dia juga tak menolak kemungkinan kumpulan individu itu telah diupah oleh pihak lain.

Image
sumber: sinar harian

 

Tak terima sebarang ugutan dan ancaman lepas video tular

Selain itu, Kanagarajah juga mengakui yang semenjak video tersebut tular, dia tidak pula menerima sebarang ugutan atau ancaman daripada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, spekulasi bahawa wujud anggota polis terlibat dalam rusuhan tersebut kerana wajah yang serupa dengan Kanagarajah juga disangkal polis. Ketua Polis Negara memaklumkan bahawa individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

47058545 1063114747184046 5959344054654205952 N
sumber: facebook

Harap lelaki tular ini tak terasa hatilah dengan video parodi yang tengah hot kat media sosial sekarang ni. Tak sangka orangnya chill je dan tak banyak komen pun. 

Baca: Risau Polis Bertugas Di Kuil Tak Cukup Makan, Pemilik Restoran Ini Sponsor Makanan Waktu Tengah Malam

Kita Mahukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.