in

Risau Polis Bertugas Di Kuil Tak Cukup Makan, Pemilik Restoran Ini Sponsor Makanan Waktu Tengah Malam

Kita Mahukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kekecohan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, sesuatu yang ‘sangat Malaysian’ telah berlaku dan membuka mata banyak pihak akan nilai muhibbah dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.


Menerusi perkongsian Michelle Ng yang merupakan Adun Subang Jaya di Twitter, seorang peniaga restoran di USJ 17 ini dengan rela hati telah sponsor makanan kepada abang polis yang bertugas di kuil tersebut pada malam semalam. 

 

Perhati anggota polis tak cukup makan kerana terlalu sibuk, sponsor makan 3 kali sehari 

Menurut Michelle, peniaga di restoran Sri Melur ni kesian tengok abang polis kita terlalu sibuk bertugas sampai tak cukup makan. Lalu dia pun sponsor lah makanan pada malam semalam. Baiknya hati dia! 

Malah dengarnya bukan semalam je uncle baik hati ni sponsor makan, hari ini pun dia akan sponsor sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Wow! Lega hati keluarga abang polis ni kalau tahu.

 

“Well done Sri Melur! Inilah budaya Malaysia” 

Rata-rata netizen yang mengikuti posting ni memang salute abis la dengan uncle Sri Melur tersebut yang ketepikan unsur perkauman dan lain-lain serta mempromosikan budaya Malaysia yang hidup muhibbah sesama kita.

Muhibba
sumber: twitter

 

Penduduk berbilang kaum di Subang Jaya juga bantu salur keperluan untuk polis yang bertugas 24 jam di kuil 

Selain daripada uncle Sri Melur, Michelle juga berkongsi aktiviti penduduk Subang Jaya dari pelbagai kaum yang turun hulur bantuan kepada anggota polis yang bertugas 24 jam di kawasan sekitar kuil. Terharu admin tengok sikap perpaduan macam ni!

This nation needs to heal, and Subang Jaya will do its part. Residents – Malay, Chinese, Indian – Malaysians – joined me…

Posted by Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 on Wednesday, November 28, 2018

Marilah kita sama-sama bersatu hati dan buang jauh-jauh sikap perkauman tu dari diri masing-masing. Paling penting, kita doakanlah saudara Adib cepat sembuh. Amin… 

Baca: “Time ni lah aku rindu ke TGNA” – Netizen Imbau Kembali Sikap Nik Aziz Jadi ‘Pendamai’ Lawati Gereja Ketika Berlaku Ketegangan Kaum

Nik Aziz 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.