in

“Kalau macam ni saya pun boleh” – Gaji Sebulan RM 600, Graphic Designer Dikerah & Kena Bayar RM 500 Kalau Nak Resign

Graphic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Komitmen dan konsistensi itu sudah semestinya perlu jika kita berkhidmat dalam sesebuah syarikat itu. Namun begitu tak semestinya kita perlu ‘menghamba abdikan’ diri kita kepada majikan jika pampasan dan faedah yang diterima itu langsung tak berbaloi.

Dalam isu ini, memang tak boleh nak sifatkan ‘graduan sekarang manja’ sepertimana yang didakwa oleh segelintir pihak.


 

Gaji RM 600, selalu kena maki hamun dan kalau nak resign kena bayar RM 500.

Menerusi perkongsian daripada Group Facebook Graphic Designer Malaysia, seorang graduan ijazah sarjana muda ini diterima bekerja odi sebuah syarikat ini.

Tapi amat menghampakan apabila gaji yang diberikan hanyalah RM 600 sebulan, kerja dikerah habis-habis lepas tu tak hargai hasil kerja individu ini malah memperlekehkan lagi.

Bukan itu sahaja majikan siap buat hitam putih kalau staff tu nak berhenti, dia harus dikenakan bayaran sebanyak RM 500.

Ia membuatkan graduan ini rasa terkurung dan terperangkap dengan jerat yang majikan berikan itu kerana tak tahu yang hakikatnya dia seperti ditipu.

Ditambah pula dengan kekangan tempat tinggal, keadaan keluarga ia membuatkan lagi dirinya terikat dengan syarikat toksik itu.

Whatsapp Image 2019 11 22 At 4.53.19 Pm 1

Ramai netizen yang marah dan terkedu bila membaca luahan graduan ini, dalam masa yang sama ada yang cuba membuka mata mereka. Manakan tidak, gaji bulanan terlalu rendah daripada gaji pekerja am,ada netizen yang menyifatkan rendah tahap daif.

 

Dia nak saman awwak suruh bayar RM 500? Awak yang boleh saman dia – Netizen

Whatsapp Image 2019 11 22 At 4.53.18 Pm
Sumber : facebook
Whatsapp Image 2019 11 22 At 4.53.17 Pm
Sumber : facebook
Whatsapp Image 2019 11 22 At 4.53.18 Pm 1
Sumber : facebook

 

Sebenarnya syarikat tersebut dah langgar garis panduan Akta Kerja 1955 dah pun, kerajaan sendiri dah tetapkan gaji minimum RM 1,100. Aduhai, kadang-kadang kesian bila melihat nasib pekerja yang tertindas macam ni.

 

Baca : “Cepat cari replacement”- Individu Tunjuk Respond ‘Kejam’ Boss Bila Dapat Berita Pekerja Meninggal Dunia

Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.