Umum mengetahui, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan RM10 juta denda serta dua kali sebatan.
Ianya selepas presiden parti MUDA itu didapati bersalah terhadap empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Artikel berkaitan: “Bukan mudah untuk ditelan” – Syed Saddiq Dilihat Sebak Lepas Terima Keputusan Mahkamah
Artikel berkaitan: Muat Naik Analisa Peperangan, Netizen Cadang Azhar Sulaiman Dihantar Ke Palestin
Pelakon senior yang namanya sering disebut baru-baru ini, Azhar Sulaiman memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya berkenaan isu tersebut.
View this post on Instagram
Dalam posting tersebut, Azhar meluahkan rasa sedihnya dengan memuat naik gambar Syed Saddiq serta kapsyen yang bersimpati atas hukuman yang dijatuhkan kepada Ahli Parlimen Muar itu.
“Behar bukan penyokong Syed Saddiq tapi bila dapat tahu dia bersalah dan akan dikenakan Penjara 7tahun dengan Denda 10juta dan 2 sebatan.
Bulu roma Behar naik dan terus terasa sedih. How I wish I can help him,” tulisnya di kapsyen.
Dalam ruangan komen pula, dia turut menambah bahawa dia bersyukur tidak dikurniakan kecerdikan untuk menjadi ahli politk serta menggunakan hubungannya dengan individu-individu seperti itu untuk mendapatkan projek.
Sumber: Instagram