Pelakon senior Azhar Sulaiman sekali lagi dikritik netizen apabila memuat naik analisa peperangan yang berlaku antara Gaza dan Israel sejak 7 Oktober lalu.
Menerusi analisa tersebut, Azhar menyenaraikan beberapa bahagian yang terkesan akibat peperangan termasuk pejuang Hamas, bandar Gaza dan juga penduduk yang menetap di bandar itu.
Dalam analisa itu, dia menyatakan jumlah kematian yang semakin meningkat dengan segala infrastruktur musnah dan tentera Israel sudah mengepung bandar itu sepenuhnya.
Artikel berkaitan: “Lantak kau lah bang” – Berdebat Isu Hamas, Sharnaaz Ahmad Malas ‘Layan’ Azhar Sulaiman
Perkongsian analisa itu telah dipadam tetapi sempat dikongsikan semula oleh netizen di platform lain.
“Saya cadangkan Azhar Sulaiman dihantar melalui udara (payung terjun) ke Palestin,” tulis pengguna platform X.
Saya cadangkan Azhar Sulaiman di hantar melalui udara ( payung terjun) ke Palestine. pic.twitter.com/qgz39C57IS
— Amira Nadia Raup (@AmiraRaup) November 7, 2023
Melihat hantaran itu disindir ramai, Azhar tampil memberi respon balas menyatakan pendiriannya yang mempertikai strategi pejuang Hamas tempoh hari lalu. Tambahnya, dia juga mendakwa analisa yang dibuat diambil dari sudut seorang arkitek.
“Gaza dan rakyat musnah dan insiden paling buruk mereka alami. Masih nak kutuk saya pertikai strategi yang nyata tak membawa keuntungan atau moving forward bagi Palestine. Semoga smart leader will emerge among them nanti. Amin,” balasnya.
Bagaimanapun, netizen tetap mempertikaikan hujahan Azhar yang mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Terdahulu, nama Azhar menjadi bualan hangat netizen selepas mempersoalkan strategi kepimpinan Hamas.
Isu tersebut turut meraih perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang membidas kenyataan Azhar di media sosial.
Sumber: X