Kalau Korang Budak UiTM Shah Alam, Confirm Boleh Relate Dengan 6 Perkara Ni

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau dah nama students UiTM Shah Alam, for sure banyak perkara kita dah lalui di situ yang kebanyakannya adalah situasi yang hampir sama je.

Tak kisahlah korang dah habis belajar atau masih belajar di UiTM Shah Alam, confirm korang boleh relate dengan 6 perkara ni.

 

1. Minggu Destini Siswa buat korang fikir kenapa dah besar pun still kena orientasi macam dekat sekolah?

Minggu orientasi dekat UiTM Shah Alam dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS). Time ni semua students sem satu yang baru masuk situ akan terlibat untuk tahu benda-benda penting sebagai pelajar dekat UiTM Shah Alam. Best jugak MDS ni sebab dapat jumpa kawan baru dan belajar benda baru.

Gambar hiasan

Tapi yang tak bestnya, ni akan jadi minggu yang memenatkan sebab semua benda kena buat dengan cepat serta terkejar-kejar. Time ni, tidur pun tak cukup! Lewat malam barulah dapat tidur tapi besoknya, pukul 4 pagi dah kena bangun! Nasib baik time admin, takde kena ragging!

Sumber: Blog

 

2. Student kalau tak makan dekat DC, tak sah!

DC atau Dataran Cendekia merupakan tempat yang akan dituju oleh budak UiTM Shah Alam. Dekat sinilah tempat nak menjamu selera. Kedai yang ada takdelah banyak sangat tapi masakan mereka sedap, murah dan akan mengingatkan korang pada rumah. Yumm! So, tak pelik bila ada ramai orang dekat DC ni.

Sumber: Foursquare

Kalau ada jualan, lagilahhhhhh. Dah macam lautan manusia. Janganlah sampai terpisah dengan kawan sebab nanti susah nak jumpa balik dengan dorang. Yang peliknya, DC ni kecik je, tapi ramai betul yang serbu tempat ni. Fuhh padat..padat…

Gambar hiasan

 

3. Nak bawak kereta? Tak payah berangan, parking full beb!

Ini memang masalah yang paling besar untuk students UiTM Shah Alam yang drive pergi kelas. Kalau peak hours, kau jangan berangan lah nak dapat parking. Pusinglah lima, enam kali pun, memang tak akan dapat parking.

Gambar hiasan

Unless, korang double park. Ni pun masalah jugak ni. Sejenis yang suka double park atau parking merapu lepastu tak reti nak tinggal nombor telefon. Bijak betul! Bila time petang, waktu habis kelas, setiap gate UiTM tu akan bersusun kereta nak keluar dari UiTM. Last-last sampai Seksyen 2 dan Sekyen 7 pun jam.

Gambar hiasan

 

4. Dok kolej macam Cinderella sebab kena balik sebelum 12am!

Bila dah masuk U, seronoklah kan sebab dah tak banyak rules macam dekat sekolah. Boleh keluar dan balik kolej malam. Ye lah tu… Siapa yang duduk kolej dalam UiTM Shah Alam, jangan berangan nak ada night life sebab ada curfew.

Gambar hiasan

Semua pelajar kena balik ke kolej before pukul 12 pagi. Kalau balik melebihi masa yang ditetapkan, korang ready lah kena denda dengan polis bantuan yang jaga gate depan. Ingatkan masuk U dah boleh lepak sampai malam-malam kan. Rupanya tidakkk!

 

5. Bila peak hour, macam sardin dalam bas

Waktu peak hour memang seksa! DC penuh, kereta banyak, orang ramai dan dalam bas pun penuh! Frust jugak kadang-kadang bila tunggu bas lama, lepastu bila dah sampai, penuh macam tin sardin tambah pulak dengan bau-bau yang ‘menyegarkan’ kat dalam tu! Fuhh!

Tapi kan, macam mana semua tak berebut sebab bas yang ada dalam UiTM Shah Alam ada yang ikut time, ada yang kadang-kadang terlambat. Bila lambat tu, orang pun dah beratur lama, so memang for sure lah semua pun sumbat je dalam bas tu.

 

Gambar hiasan

 

6. Berserabut tengok lautan manusia dekat luar dewan masa konvo

Happy gila bila dah grad dan dapat pegang segulung ijazah. Tapi ya Tuhan masa time konvo macam havoc habis. Dengan orang yang ramai, penuh satu dewan, mak ayah nak parking pun susah kat dalam UiTM Shah Alam tu.

Gambar hiasan

Lepas tu, kalau dapat konvo sesi pagi, lega sikitlah sebab belum panas. Tapi kalau yang dapat konvo sesi petang tu, redha je lah berpanas. Nak, tak nak, kena jugak naik pentas tu lepas dah bertungkus lumus belajar beberapa tahun dekat UiTM Shah Alam.

Pengalaman yang dialami ni kadang-kadang rasa annoying sangat! Tapi bila fikir-fikir balik, itulah antara pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sepanjang belajar di UiTM Shah Alam. Korang pun for sure pernah lalui perkara-perkara ni kan?

Ada lagi tak perkara lain yang korang lalui?

Baca: 8 Perkara Hanya Student Dekat Shah Alam Je Boleh Faham

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.