Shah Alam dah macam tempat untuk student je sekarang sebab ada banyak IPT dekat area tu. Rumah pun banyak yang available untuk disewakan dengan harga mampu milik untuk pelajar. Kawasan strategik pulak tu, macam-macam ada.
Semua students dekat Shah Alam mesti ada macam-macam pengalaman sepanjang duduk dekat sini. Ditambah pulak bila semua pengalaman ni dilalui sama-sama dengan kawan-kawan. So, kami senaraikan lapan perkara yang hanya student dekat Shah Alam je boleh faham.
1. Tak tau nak makan mana
Student dekat Shah Alam akan mengalami dilema dalam memilih dekat mana nak makan. Walau bagaimanapun, mereka bukan buntu sebab tak ada tempat nak makan, tapi sebab banyak sangat kedai makan nak dipilih. Boleh dikatakan Seksyen 7 tu penuh dengan kedai makan sedap-sedap. So, memang tak pelik kalau dia orang boleh kebulur sementara nak decide makan kat mana.
2. Tasik Seksyen 2 jadi spot nak jogging
Tasik ni memang dekat je dengan pintu utama UiTM Shah Alam tu. Kalau rajin, jalan kaki pun boleh, tak pun naik bas ke situ. Kalau pergi situ, memang ramailah korang akan jumpa student lain yang memang datang situ nak beriadah. Bukan tu je, ada jugak yang datang semata-mata nak picnic dan berkayak, tak pun yang nak jadikan tempat itu sebagai lokasi nak bergambar!
3. Jalan kaki nak pergi ICT
Masa ICT nak dibuka, student dekat Shah Alam lah yang excited terlebih. Mana taknya, tempat tu tak adalah jauh sangat dari pintu belakang UiTM. Kalau siapa yang duduk area Kolej Mawar tu, lagilah senang nak berjalan ke ICT ni. Kalau jalan malam-malam dengan kawan-kawan, memang seronok sampai tak sedar sebenarnya ICT ni jauhlah jugak kalau jalan kaki.
4. Jem giler nak masuk U tiap pagi
Jenuh weh siapa yang naik kereta pergi kelas pagi-pagi. Jem dia boleh buat lambat sampai kelas tau! Nak bersaing dengan orang yang pergi kerja lagi. Adoi, serabut otak! Lepas tu, bila terlambat, tempat parking dalam U, jangan cakaplah. Kau pusing beratus kali pun, tak jumpa mana nak letak kereta kau tu.
5. Tiga serangkai jadi tempat shopping
Student Shah Alam memang dah biasa dengan tiga serangkai ni iaitu SACC Mall, Plaza Alam Sentral dan PKNS. Maklumlah dekat je. Tak yah pergi jauh-jauh dah boleh dapat semua benda. Dekat tiga serangkai ni ada macam-macam jenis kedai seperti kedai makan, kedai baju, dan lain-lain perkara yang memudahkan urusan pelajar. So, student kebanyakannya akan lepak sini after habis kelas terutama sekali kalau nak membeli belah.
6. Alam Avenue jadi pengganti Bangi Sentral
Semua pun tahukan dekat Bangi Sentral macam-macam butik terkenal yang ada. Kalau dekat Bangi ada Bangi Sentral, dekat Shah Alam ada Alam Avenue. Dekat sini takdelah sebesar macam kat Bangi tu, tapi boleh untuk dikunjungi kalau student nak melaram beli baju ke Majlis Anugerah Dekan dan tak nak pergi jauh-jauh. Selalunya student perempuan memang akan datang sinilah terutamanya kalau nak beli tudung.
7. Happy bila ada AEON Shah Alam
Sebelum AEON Shah Alam dibuka, student IPT Shah Alam akan pergi ke AEON Bukit Raja tak pun ke Setia City Mall kalau nak pergi tempat yang up sikitlah kata orang. Tapi bila AEON Shah Alam dibuka, happy giler student kat Shah Alam! Dapatlah jalan-jalan dekat situ sebab banyak kedai. Yelah AEON baru tu antara pusat beli belah yang terbesar kot. Macam-macam ada.
8. Restoran Murni memanjang penuh
Dalam banyak-banyak kedai makan yang ada dekat Shah Alam tu, ada satu kedai ni memang memanjang je ramai orang. Kalau time peak hour lagilah weh. Kadang-kadang kau pun tak tahu dan tak paham kenapa ramai sangat orang kat kedai ni. Tempat ni jugak jadi port lepak student sebab strategik. Air pun ada macam-macam pilihan. Gelas besar pulak tu!
Memang ramai student dekat area Shah Alam dan bila start cuti semester, kawasan ni memang akan lengang sikit sebab ramai yang balik kampung masing-masing. Walaupun ada masanya student Shah Alam akan rasa tempat ni serabut, tapi bila dah habis belajar, tempat ni jugaklah yang akan dirindui.
Rindunya Shah Alam…