in

Kalau Korang Ada 7 Aplikasi Ni Dalam Phone, Korang Mungkin Sedang Diintip!

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak tengah cakap pasal satu barang yang korang nak beli, tiba-tiba bila korang buka phone, keluar iklan pasal benda tu. Lagi creepy, kadang-kadang korang cuma fikir je korang nak beli sesuatu, benda tu pun tiba-tiba je keluar iklan. Suratan atau kebetulan?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya aplikasi-aplikasi yang kita guna dan download dalam telefon bimbit ni lagi banyak mengundang bahaya dari kebaikan. Sebab menerusi aplikasi yang kita gunakan dan setuju untuk kongsikan maklumat, ia boleh sampai kepada orang yang tak bertanggungjawab dan sekaligus boleh curi identiti kita atau buat duit dalam akaun bank hilang.


Jom kita tengok aplikasi mana yang ada dekat phone korang ni digunakan untuk intip maklumat peribadi kita!

1. CamScanner

Mad 10026C14Cbb

Menurut seorang pakar keselamatan siber, Ana Bera, aplikasi CamScanner yang dibuat untuk jadikan phone korang seperti mesin pengimbas adalah antara aplikasi yang patut buat korang rasa bimbang.

Pakar keselamatan siber telah menemui komponan yang dipasangkan di dalam aplikasi ini yang bertindak sebagai Trojan Downloader dan akan terus mengumpul fail-fail yang dijangkiti virus.

Aplikasi seperti ini boleh merosakkan telefon dan perlu dibuang dengan segera. Sebaik sahaja aplikasi ini dipadam, ia akan berhenti memudaratkan telefon anda.”

2. Facebook

106913038 16267180132021 07 19T171511Z 467664129 Rc2Tno9Ta94G Rtrmadp 0 Health Coronavirus Usa Facebook

Menurut pakar keselamatan siber, Raffi Jafari, kalau korang tengah cari aplikasi apa yang korang perlu padam untuk selamatkan maklumat peribadi korang, aplikasi yang paling-paling patut dibuang adalah Facebook.

Ini kerana, skala pengumpulan data yang dibuat oleh Facebook ini sangat besar dan selalunya lebih dahsyat dari syarikat-syarikat besar lain seperti Google.

Kalau anda perlu pilih satu aplikasi untuk dibuang bagi melindungi data, ia adalah Facebook.”

Namun begitu, Jafari mengatakan yang Facebook sangat terkenal dengan mengumpul data walaupun seseorang itu tidak menggunakan servisnya. Tapi dengan memadamkan aplikasi Facebook dari telefon bimbit, ia adalah langkah pertama yang terbaik untuk melindungi maklumat peribadi korang.

3. WhatsApp

Whatsapp Logo Phone Close.jpg

Menurut ketua keselamatan telefon bimbit, Michael Covington, WhatsApp mempunyai kelemahan sama ada menerusi versi iOS mahupun Android. Aplikasi ini membenarkan penyerang untuk menyasarkan pengguna dengan hanya menghantar mesej yang telah direka khas kepada nombor telefon seseorang.

Apabila berjaya diperdaya, penyerang ini akan diberikan akses yang sama seperti WhatsApp termasuklah mikrofon, kamera, senarai kenalan dan banyak lagi.

Tapi perkara ini sangat mudah untuk dibuang, apa yang korang perlu buat adalah update aplikasi WhatsApp korang ni kepada versi terbaru.

4. Instagram

Snapchat Grinvalds Istock Gettyimagesplus 1D285A598Ae14Aa291227E8242Def7Fc

WhatsApp dan Instagram kedua-duanya dimiliki oleh Facebook. Ini menyebabkan kesemua aplikasi-aplikasi ini adalah berbahaya. Menurut Pengarah Keselamatan Siber di Universiti Dayton, Instagram akan meminta beberapa kebenaran seperti mengubah dan membaca senarai kenalan, konten yang disimpan di dalam storage, mengenalpasti lokasi, membaca log panggilan, mengubah tetapan sistem dan mempunyai akses rangkaian penuh.

Orang ramai kena ingat yang untuk Facebook dan banyak sosial media lain, anda adalah produk dan bukannya pelanggan.

“Maklumat tentang anda, tentang apa yang anda buat, ke mana anda pergi atau dengan siapa anda berinteraksi adalah berharga. Kalau anda ok dengan memberikan maklumat-maklumat ini untuk servis percuma, itu adalah pilihan anda. Saya cuma berharap orang ramai akan mula memikirkan tentang pilihan yang dibuat dan pastikan mereka mendapat sebanyak yang mereka beri.”

5. Messenger

Diego Adobestock 471171296 W810H462

Memandangkan Messenger merupakan aplikasi yang berasingan dari Facebook, pakar privasi digital, Attila Tomaschek merasakan yang memadam aplikasi ini adalah satu tindakan yang tak perlu difikirkan lagi. Ini kerana, syarikat Facebook mempunyai pendekatan yang longgar dalam melindungi data privasi penggunanya.

Mesej yang korang hantar dan terima menggunakan aplikasi Facebook ini tidak disembunyikan (incrypted), ini bermakna semua mesej ini boleh dibaca oleh mana-mana pekerja Facebook.”

Kalau korang tak nak data peribadi korang menjadi subjek Facebook dan tak nak ada orang yang boleh dengar atau baca mesej-mesej peribadi korang, lebih baik korang padam aplikasi ni dan guna aplikasi lain.”

Atilla mencadangkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi Signal yang telah pun diluluskan sebagai aplikasi yang lebih selamat.

6. Angry Birds

Rovio Classics Angry Brids Hero Image.png

Pada tahun 2013 yang lalu, seorang bekas perunding dan pemberi maklumat perisikan komputer Amerika dan naturalisasi, Edward Snowden telah mendedahkan bahawa aplikasi ini telah mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, lokasi dan status perkahwinan penggunanya kepada NSA.

Namun sejak dari itu, pembuat aplikasi ini telah mengatakan yang mereka telah pun mengetatkan lagi kawalan data pengguna mereka. Jadi kalau korang suka dengan game ni dan sayang nak padam, sekurang-kurangnya korang kemaskini aplikasi tersebut ok?

7. Tinder

Tinder Swipe Right

Tinder dan Grindr, kedua-dua aplikasi ini telah mengumpul sebanyak 50 peratus data peribadi korang seperti nama, emel, nomboer telefon, tempat korang bekerja dan macam-macam lagi.

Pada tahun 2020, sebanyak lima aplikasi dating yang lain telah mengalami pencerobohan data dan membocorkan maklumat dari berjuta-juta pengguna sehingga mendedahkan mereka terhadap risiko pancingan data, penipuan telefon dan kecurian identiti. Jadi, hati-hatilah dalam mencari jodoh.

Apa-apa pun, semua aplikasi yang ada dekat telefon korang mempunyai risiko yang tersendiri. Jadi apa yang korang boleh buat adalah sentiasa beri perhatian tentang kebenaran yang boleh diakses oleh sesuatu aplikasi. Rajin-rajin jugak padam aplikasi yang korang tak guna, ok?

Sumber: Reader’s Digest

 

Baca: “Ada virus Joker” – Pengguna Android Diminta Uninstall 8 Aplikasi Mengandungi Virus Berbahaya

Virus Joker Android Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.