in

“Kalau kerja kat kedai makan ni, saya tak nak kerja jauh. Dah la gaji sikit.”

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Free Malaysia Today, seramai 22% atau 7.12 juta populasi yang tidak bekerja ketika ini. Mencari pekerjaan semakin hari semakin susah terutama sekali bagi graduan yang baru tamat belajar. Tau takpe!


Writing 101 54 Crop
gambar hiasan

Kunci utama untuk mendapatkan pekerjaan kepada graduan baru habis belajar adalah jangan bersikap terlalu ‘demanding’. Kaut apa sahaja jenis pekerjaan yang anda boleh dapat dan kumpulkan seberapa banyak pengalaman sebaik-baiknya. Nanti barulah resume nampak cantik. 

Namun perkongsian perbualan antara seorang penganggur dan majikan ini adalah antara sebab utama kenapa kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi menganggur.

Menurut Malaysian Digest, seorang penganggur dari Pulau Pinang telah bertindak biadap dan membuat tuntutan gaji yang tinggi apabila berbual dengan seorang majikan melalui aplikasi Whatsapp. Macam-macam perangai penganggur zaman sekarang!

Nak Cari Gaduh Ke 1
sumber: malaysian digest
Nak Cari Gaduh Ke 2
sumber: malaysian digest

Individu yang tidak dikenal pasti itu telah menghina majikan tersebut dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan. Nak minta kerja kena lah beradab!

Selepas majikan tersebut menolak pelawaan kerjanya, dia kemudian melemparkan kata-kata kesat dek kerana tidak puas hati.

“Saya doa kedai makcik bankrup lepas ni. Tu la makan dia kalau dok cakap besar sangat… Padan muka!!! Agaknya kalau customer tak ramai pun, makcik bayar segala kos pakai segala bulu makcik la kot… Patut la makcik botak habis dah… hahahaha!!!”

“Lawak gila badut gemuk ni!!! Tengok la lepas ni pun pekerja makcik akan bertukar ganti ja… Semua tak tahan dapat badut gemuk yang gila dan kaki mengarah ni… hahahaha…. booo!!”

Hamboi sampai macam tu sekali marah majikan tu. Dia sendiri yang mulakan, lepas tu dimakinya majikan tersebut. Kepada adik-adik sekalian yang hendak mohon kerja, janganlah jadi macam penganggur ini. Minta kerja biar ada adab, lagi Allah senangkan laluan kita. Tak gitu?

Baca: “Tanya beria-ria, dah tahu harga hilang. Kenapa sis tak ada duit ke?”

Capture 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.