in

“Tanya beria-ia, dah tahu harga hilang. Kenapa sis tak ada duit ke?”

Tak Nak Beli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang zaman sekarang yang celik IT sudah jarang membeli barangan di kedai fizikal. Kebanyakannya memilih untuk membeli di Lazada, 11Street ataupun di media sosial seperti Facebook dan Instagram.


Namun masalahnya dengan membeli barangan online ialah info mengenai barang tidak diberitahu dengan lengkap. Pelanggan terpaksa bertanya kepada pembeli, malah lebih merumitkan apabila harga barang juga tidak dinyatakan pada iklan. Hish macam mana dia orang menjual barang ni? 

Menerusi perkongsian Zarita Abdul Rahman di laman Facebook, dia telah berkongsi kisah diperli penjual hanya kerana tidak mahu membeli barangan setelah bertanyakan harganya.

946526 10151409357990267 869312764 N
sumber: facebook

Perbualan mereka bermula apabila Zarita menghantar mesej kepada seorang penjual selepas berminat untuk mengetahui harga produk berkenaan.

“Salam sis boleh tanya harga untuk xxx?” 

Namun pertanyaannya dijawab dengan pelbagai penjelasan mengenai barang yang ingin dibeli. Perbualan yang bermula pada pukul 10 pagi berlanjutan hingga ke 12 tengah hari. Sehingga setakat itu, penjual hanya menjelaskan soal barang namun tidak juga memberikan harga produk tersebut.

Sellerr
sumber: facebook

Terasa seperti hanya membuang masa, Zarita akhirnya terpaksa bertegas dengan berkata,

“Ini jawapan computer generated ke? Boleh tak jawab soalan? Saya cuma nak tahu harga.” 

Namun pembeli tersebut masih berdolak dalih dan berkata, “Bukan apa sis saya nak pastikan sis dapat info yang secukupnya. Okay saya akan bagi harga sekarang.” 

Eh tak beritahu juga harganya! 

“Tak apa, saya jenis yang study dulu sebelum beli. Jadi sekarang untuk kali yang keempat, berapalah harganya ya?” tanya Zarita yang hampir kehilangan sabar.

Penjual tersebut akhirnya menjawab setelah menambah dua tiga perenggan mengenai testimoni produk tersebut. Fuh… susah betul dia nak keluarkan harga! 

Tidak berminat untuk membeli produk tersebut setelah melihat harganya, Zarita dengan sopan mengucapkan terima kasih tanda ingin menamatkan perbualan. Pun begitu, pembeli tersebut bagaikan tidak memahami, malah menghantar pesanan suara kepada Zarita sambil bertanyakan butir diri dan bilakah agaknya dia ingin membeli barangan tersebut.

Terasa seperti dirinya dipaksa-paksa, Zarita mengambil keputusan untuk ‘block’ penjual tersebut dari aplikasi WhatsApp.

Whatsapp Ban 259399
gambar hiasan

Akibat daripada tindakan drastiknya, Zarita menerima SMS dari penjual itu yang seakan-akan memerlinya dengan berkata,

Tanya beria-ia, dah tahu harga hilang… Kenapa sis tak ada duit ke?”

Amboi tajamnya perlian tu! 

Zarita yang ternyata bengang dengan sikap pembeli tersebut kemudian menegur dengan berkata,

“Saya cuma tanya harga, dah saya cakap terima kasih. Maknanya suka hati saya dan hak saya nak beli ke tidak produk awak. Kalau macam inilah cara awak layan customer awak, memang takkan ke mana. Tolong malu sikit dengan diri sendiri, have some dignity. You have no idea who you are talking to. Duit saya ada ke tak ada ke is definitely not your concern.” 

21015710 10154864472240267 3714119881241490796 O
sumber: facebook

Haa ambik setepek! 

Posting yang telah mendapat 491 kongsian ini rata-rata mendapat komen daripada netizen yang tidak bersetuju dengan teknik perniagaan yang digunakan penjual tersebut. Ia kelihatan seperti memaksa, malah ia adalah satu kesalahan bagi penjual untuk tidak menyatakan harga dengan jelas pada iklan produk.

01 Vert
sumber: facebook

Lagipun bukankah ia hak pembeli untuk menentukan sama ada mereka mahu membeli produk tersebut ataupun tidak? Kan? 

Walau apapun, diharap penjual di luar sana janganlah menggunakan teknik perniagaan seperti ini. Rezeki di tangan Tuhan. Jikalau pelanggan tidak mahu membeli barangan anda, janganlah memaksa. Tak pasal-pasal kena adu dengan KPDNKK ni!

Baca: Peniaga Online Minta Pelanggan “PM untuk Harga” Akan Dihukum Penjara Dan Denda 

Hh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.