in

“Kalau hospital nak darah jangan derma, jual 1 beg RM1,000…”

Derma Darah Je Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Malaysia berubah kerajaan baru ni, macam-macam isu timbul yang jadi perdebatan rakyat. Salah satunya berkenaan isu cadangan Menteri Kesihatan yang nak perkenalkan insuran kesihatan kepada rakyat berpendapatan rendah.


Tak puas hati dengan cadangan ni, sebuah posting dari netizen di Facebook telah viral lepas individu ni pulak cadang supaya kalau nak derma darah, seseorang tu kena jual RM1,000 ke RM5,000 dekat hospital. Uiks boleh pulak macam tu??

40290175 10157531383179368 3693039805697884160 N
sumber: facebook
Walaupun posting ni obviously macam perli kerajaan dan Kementerian Kesihatan, ramai jugak yang tak puas hati sebab isu derma darah ni benda serius. Boleh pulak dia main-main kan? Lagipun darah yang diderma tu bukan untuk kerajaan guna tapi untuk kepentingan rakyat. Sebaiknya janganlah berkira sangat kan.

Makcik
sumber: facebook
Ada jugak di kalangan netizen yang mengaku dorang tak harap balasan pun, cukup dapat bihun goreng lepas derma darah dengan niat darah ni dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. Betul tu! 

Bantu Darah
sumber: facebook

Malah isu insurans kesihatan ni dah pun dijelaskan dalam tweet Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKMPutrajaya) bahawa Skim Perlindungan Insurans B40 ni percuma dan kerajaan akan beri subsidi sepenuhnya kepada rakyat, bukan rakyat kena paksa beli insuran tu. Hadoiii..

Kkm
sumber: twitter

Papepun elok isu macam derma darah ni jangan dipolitikkan sebab kita benci satu-satu parti politik atau kerajaan kerana benda ni berkaitan dengan hidup mati seseorang. Bayangkan kalau korang perlukan darah lepas tu kena beli RM1,000 satu beg. Mesti sedih kan?

Baca: “Inilah rakyat Malaysia suka tunjuk pandai”

Ai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.