in

“Inilah rakyat Malaysia suka tunjuk pandai”

Page 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Inilah rakyat Malaysia suka tunjuk pandai"
Loading
/

Aduhai, sebelum viralkan kesalahan orang, kita kenalah pastikan apa yang kita cuba sampaikan tu betul atau pun tidak. Ye lah, kalau salah nanti, tak pasal-pasal akan mengelirukan orang lain.


Baru-baru ni sebuah video yang dah lama dimuat naik telah menjadi perhatian semula di Facebook. Video tu mendatangkan kemarahan orang ramai kerana menganggap orang Malaysia ni hanya suka viralkan tapi tiada pengetahuan.

Video yang berdurasi 1 minit 46 saat tu menunjukkan seorang wanita yang tengah bersoal jawab dengan pekerja di stesen minyak kerana mendakwa bahawa sukatan petrol dipaparkan tidak sama dengan jumlah yang dimasukkan dalam kereta.

Senang kata, pengguna tu mendakwa dia tak dapat jumlah petrol sama seperti jumlah yang dibayar kerana meter minyak keretanya hanya naik satu bar je.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang melihat video ini memberitahu bahawa level petrol yang diisi perlu dilihat pada mesin dan bukan bar yang ada pada kereta. Selain itu, ramai juga yang menerangkan kesilapan sebenar iaitu meter di minyak kereta lambat naik.

Cats1
sumber: facebook

Laa… Sebab tu rupanya… Patutlah ramai yang marah sebab nak viral kesalahan orang lain, tapi sebenarnya sendiri yang salah.

Memandangkan video ni pun dah lama dimuat naik, ada yang mengatakan isu ni dah pun diselesaikan. Katanya pihak stesen minyak itu memang tak bersalah pun sebenarnya. Ada juga yang kata video ni up balik sebab ada yang nak menjatuhkan stesen minyak tu. Eh, betul ke tu?

Cats2
sumber: facebook

Apa-apa pun pengguna jangan risau. Hal yang didakwa wanita tersebut tidak benar. Harap lepas ni kita semua akan lebih berhati-hati kalau nak viralkan sesuatu. Yelah, takut-takut tersalah pulak.

Baca: Gila! Pelanggan Geram Kena Tipu Maggi ketam RM120!

Page 2 10 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.