in

“Kalau dia gertak, buat bodo atau report polis” – Elakkan Bagi Nombor IC Kalau Nak Isi ‘Guest List’ Kedai

Restoran5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum sejak PKPB ini, banyak restoran dah mula beroperasi semula malah, kita juga dah boleh makan di kedai tersebut.


Namun begitu, ia tetap bersyarat dimana kita kena isi maklumat diri sebelum masuk dan semak suhu badan. Biasanya nama, nombor telefon dan jumlah suhu badan itu perlu diisi tapi….

 

Jangan bagi nombor IC!

Menurut Sinar Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan  bahawa pemilik premis hanya perlu ambil nama dan nombor telefon pelanggan sahaja.

Arahan tersebut lebih ringkas berbanding sebelum ini yang turut meminta nombor kad pengenalan dan alamat rumah disertakan.

Tujuan ia dilakukan adalah untuk mempunyai rekod pengunjung bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku kes Covid-19 melibatkan pelanggan yang pernah berkunjung ke premis mereka.

Bagaimanapun ramai yang bimbang apabila meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah. Jadi, kerajaan memutuskan bahawa hanya perlu isi nama dan nombor telefon.

Jadi memandangkan kerajaan dah bagi notis, ada netizen menegaskan bahawa kita ada hak untuk ambil tindakan jika pihak restoran berkeras untuk minta nombor IC kita.

 

Kalau dia gertak, buat bodo atau report polis – Netizen

Restoran 1 Restoran2 Restoran3 1 Restoran4

Malah ada juga yang dah mula menceritakan pengalaman mereka terkena desakan pemilik kedai. Ada juga yang memperikaikan sebenarnya tak perlu diperbesarkan kerana kita sendiri bagi maklumat peribadi jika beli barang online, hurmm tak apalah lepas ni atas kehendiri, kalau tak kisah tulis je kalau bimbang biarkan kosong dan boleh gunakan alasan ini.

 

Baca : “Ingat runner makanan tu kalis Covid-19 ke?” – Kerajaan Benarkan Restoran Beroperasi Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Tapi Bersyarat

Rubnner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.