in

“Kita benarkan rambut yang warna hampir rambut asal” – JPN Respon Kontroversi Rambut Perang

Ft Jpn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberikan garis panduan sebenar berhubung dengan etika penggambaran kad pengenalan (MyKad) berikutan dengan kontroversi yang wujud terhadap layanan ‘dua darjat’ yang membabitkan penyanyi Jaclyn Victor sebelum ini.

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi berkata, pihaknya tidak melarang secara mutlak untuk orang awam yang rambutnya berwarna, mereka menegaskan bahawa golongan ini diberi kebenaran jika ia kelihatan semula jadi atau mendekati warna asal.


Artikel berkaitan : JPN Nafi Kenakan Tindakan Jika Tidak Kemas Kini Alamat MyKad

Artikel berkaitan : Tangan Cedera Dipukul Guru, JPN Pulau Pinang Mulakan Siasatan

Tambah beliau, kelonggaran untuk mempunyai perubahan warna rambut akibat faktor usia seperti uban atau pewarnaan menggunakan inai yang tidak  terlalu mencolok mata.

Screenshot 2026 09 18 175948

“Secara asasnya, kita benarkan rambut yang warnanya hampir dengan rambut asal, contohnya warna uban ataupun yang menggunakan inai yang tidak terlalu ketara.”

“Sebagai contoh, sekitanya individu itu memang berketurunan Serani, kita benarkan dan tiada masalah. Tetapi bukanlah seperti keturunan Jaawa tetapi rambutnya diwarnakan perang.”

“Bukanlah bermaksud yang memang perang, sebaliknya warna-warna yang lebih kepada semula jadi.”

Screenshot 2026 09 18 175841

Selain itu, berkenaan dengan kekeliruan ramai tentang pemakaian tudung, Asraf ketika ditemubual oleh Kool FM hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka diwajibkan memakai tudung berwarna hitam sewaktu sesi bergambar.

“Untuk tudung pula, kita tidak cakap warna hitam, tetapi ia perlu berwarna gelap. Ini kerana asasnya layar belakang kita adalah berwarna putih, Kalau pemohon pakai tudung warna cerah, kita tidak akan nampak perincian tudung  itu di dalam gambar.”

Sebelum ini, timbul kontroversi tentang pembikinan kad pengenalan baharu selepas tularnya pertikaian penyanyi Jaclyn Victor yang memperbaharui MyKad dengan gaya rambut perang.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.