in

“Ingat runner makanan tu kalis Covid-19 ke?” – Kerajaan Benarkan Restoran Beroperasi Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Tapi Bersyarat

Feature 4 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kepada rakyat Malaysia yang akan bermula esok, ramai yang risau dengan masalah bekalan makanan.


Walaupun pasar raya masih dibuka seperti biasa, ada juga yang tertanya-tanya jika pesanan makanan dibenarkan. Ye lah, kalau doktor yang sedang bertugas bukan sempat nak masak kat rumah kan. 

Jangan risau, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kedai makan dan restoran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh dua minggu ini, lapor Sinar Harian.

Mamak E1440338488639

Namun, pelanggan hanya boleh membungkus makanan dan tidak boleh makan di premis makanan tersebut.

Selain itu, pelanggan juga boleh memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran seperti Food Panda dan GrabFood. Bagus lah tu, tak payah keluar rumah dan kurangkan risiko jangkitan. 

191210 Grabfood

Arahan yang dikeluarkan pada petang tadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Grabfood

Ada juga yang tidak bersetuju dengan arahan ini sebab katanya takut tukang masak kedai terbabit dijangkiti Covid-19. Rasanya terpulang kepada kemahuan dan keperluan masing-masing.

Selain itu, pasar malam juga tidak boleh beroperasi sebab takut makin ramai orang awam yang akan dijangkiti.

Sesiapa yang nak masak sendiri, boleh masak tapi admin sekarang tengah fikir nak order makanan apa untuk dinner malam ni. 

Baca: [Terkini] Covid-19: Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Hingga 31 Mac 2020

Muhyiddin 1

Sumber: The Vocket
Sumber: Soya Cincau
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.