in

“Kalau dah minat dik, tak kisah” – Ibu 58 Tahun ‘Graduate’ Diploma Buat Netizen Kagum

Ibuconvo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang benar apa orang kata umur hanya sekadar nombor, bukan sahaja dalam bab jodoh, menuntut ilmu juga begitu.


Bahkan kita sendiri tahu bahawa menuntut ilmu itu satu ibadah, jadi tak perlu malu jika ingin melanjutkan pelajaran biarpun dah lanjut usia.

Kagum betul dengan ibu kepada Norreen ini, berjaya mendapatkan Diploma biarpun umur sudah menjangkau 58 tahun dan mempunyai cucu.

 

Kalau dh minat, tak kisah larat ke tak

Ukm

Dulu mak aku pernah tanya, “Dik, mama nak amik Diploma boleh ?”

Aku jawab ,
“Mama larat ke sana ke sini. Mama dah ada ramai customer nak urut/pantang kan”

Dia replied, “Kalau dah minat dik, tak kisah larat ke tak.”

And today, she just graduated as a Therapist and shes 58 yo.

Anak siapa lah yang bangga bila melihat kejayaan ibunya, mana taknya sedangkan diri dia sendiri tak mampu menghabiskan pelajaran tapi ibunya boleh!

 

Aku dulu pun belajar tak habis. Sem 3 aku quit

Ukm2

Aku dulu pun belajar tak habis. Sem 3 aku quit sebab aku tak boleh buat subject Wood Carving. Memang down habis.

Tapi mak aku, haish… Rajin sungguh dia. Kalau korang nak tau, Acupunture pun dia tau buat tau. Dia sanggup pergi Singapore belajar dengan pakcik dia, a doctor.

Sebab tu kalau aku sakit , most of the time aku tak pernah pergi klinik, mak aku ada  

Bila dia keluarkan jarum halus diac dia cucuk kat point-point yang sepatutnya, pastu esok aku sihat Itu part of apa yang mak aku buat lah. Tapi dia bukan doctor ye gehehe

Difahamkan ibunya mengambil kursus Therapist, bahkan ibunya ini pandai mengurut, jadi sebab minat dengan bidang tersebut dia ingin menimba ilmu dalam jurusan itu dengan lebih mendalam.

Memang betul-betul memberikan inspirasi, kejayaan ibunya ini. Selain faktor umur, memang betullah orang kata follow your passion. 

 

Kadang-kadang bising pasal assignment, tapi alhamdulillah dia berjaya buat!

Ukm3

Mak aku suka mengurut, jadi dia belajar sana sini until she decided to further study in related course.

Aku support dia, even kadang-kadang mak aku bising dok cakap assignments bagai.

But alhamdulillah, she made it.

Atas kejayaan wanita ini, bukan sahaja admin, netizen juga turut ter-inspirasi bila melihatnya. Admin tumpang bangga dengan mama uols! Tahniah!

 

Netizen tumpang bangga

Anetizen
Sumber : twitter

Anetizen2

 

Baca : “Abah teringin nak pi tapi tak dak moda..”- Sebak Baca Ucapan Bapa Buat Anak Sempena Hari Konvo

Bapa Tak Dapat Datang Konvo 758X399 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.