in

“Kalau boleh hari ni jugak nak tangkap”

Jamal1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang dah ramai tahu, Datuk Seri Jamal Yunos sampai sekarang tak lagi ditemui selepas dikatakan melarikan diri ke Indonesia akibat takut ditahan polis. Menurut Sinar Harian, PDRM kini sedang bekerjasama dengan Polis Indonesia dalam memburu Jamal yang dikatakan berada di republik tu.


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media berkata Jamal akan ditangkap lepas selesai soal proses dan prosedur yang ada. 

Kl03 040618 Muhyiddin Pdrm
sumber: the star

“Kalau boleh hari ini hendak tangkap beliau (Jamal), tapi soal proses dan prosedur itu mesti ada.

“Saya harap kerjasama dapat diberikan bagi memastikan nama yang disebutkan tadi dibawa ke muka pengadilan,” katanya di Bukit Aman hari ini (4 Jun).

Dalam pada itu, Muhyiddin jugak mengesahkan bahawa polis sekarang sedang mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang dipercayai ada di luar negara.

“Polis akan mencari di mana beliau (Musa) berada dan bawa pulang untuk dihadap ke mahkamah,” jelasnya.

Musa Aman2
sumber: the star

Jumaat lalu, Jabatan Imigresen Malaysia berkata pihak mereka akan mengenakan tindakan kepada Jamal dan Musa sekiranya dua pemimpin tu tinggalkan negara melalui laluan tak sah.

Mereka berdua jugak sudah disenarai hitam dari ke luar negara.

Pulanglah di hari raya Jamal, Musa…

Baca: Jamal Kantoi Lari Ke Indonesia

Wanted Jamal Yunos May Have Already Escaped To An Indonesian Island On Sunday World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.