in

Kalau Bersendirian Tak Perlu, Kalau Di Tempat Awam Yang Sesak Wajib Pakai Pelitup Muka – Ismail Sabri

Ismail2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media harian hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa individu yang berada di tempat awam yang sesak, maka pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.


Namun, jika bersendirian di tempat awam, ia tidak melanggari SOP.

“Taman awam adalah tempat awam. Kalau bersendirian tak perlu pakai. Tetapi kalau di tempat awam yang sesak seperti dalam LRT, pasar yang sesak, …maka wajib pakai pelitup muka.”

Ismail Sabri

Isu ini mula timbul semula berikutan dengan kes viral dimana ada individu disaman polis sebanyak RM 1,000 ketika berseorangan di hadapan rumahnya di Klang, Selangor.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.

 

Baca : PKPD Mungkin Akan Dilaksanakan Di Kuala Lumpur – DS Ismail Sabri

Mmmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.