in

PKPD Mungkin Akan Dilaksanakan Di Kuala Lumpur – DS Ismail Sabri

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, kes positif Covid-19 baharu di Kuala Lumpur telah meningkat secara mendadak semalam hingga menjadikan ibu negara ini mencatat kes paling tinggi di Malaysia.


Ekoran ini, kerajaan tak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kuala Lumpur jika jumlah kes harian terus meningkat.

Asdqwew 1587463029

Dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata perkara ini akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagaimana keadaan di Selangor yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi apabila berlaku peningkatan kes di kawasan tertentu, misalnya baru-baru ini di Sepang, kita memutuskan pelaksanaan PKPD.”

Sama juga dengan Kuala Lumpur, sekiranya penilaian risiko mendapati kebarangkalian kes jangkitan tinggi, KKM akan mencadangkan PKPD kepada sidang khas MKN.

Setakat ini tidak ada lagi PKPD di kawasan tertentu di Kuala Lumpur, semua masih dalam PKPB.”

Harap-harap kes dekat lembah klang berkuranglah.

 

Baca: 46 Positif Covid-19, Institut Latihan KKM Johor Bahru Akan PKPD 3 Hingga 16 November

Screenshot 2020 11 16 At 5.54.45 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.