in

“Kalau angka menipu, baik kami duduk di rumah” – 700 Kes Menunggu Bed di Hospital, Frontliner Kongsi Situasi Covid di Klang

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun angka kes COVID 19 di negara ini makin meningkat dari hari ke hari, masih ada segelintir netizen yang kurang percaya wabak ini wujud malah siap ada yang cakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi data kes penyakit itu.


Perkara tersebut telah mengecewakan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja untuk menyelamatkan pesakit setiap hari.

Bagi yang tidak percaya, korang boleh baca kisah yang dikongsikan pengguna Twitter, Ismi Haqeem mengenai pengalamannya dalam menguruskan situasi COVID 19 di Klang.

 

“Sekitar Klang sahaja harini dilaporkan dalam 700 lebih kes covid positif menunggu bed” 

Ismi yang juga seorang pembantu perubatan menceritakan pengalamannya berkata, kes COVID 19 di sekitar Klang saja sudah mencecah lebih 700 kes sehari dan kesemuanya kini sedang menunggu katil untuk ditempatkan di hospital.

Dalam satu hari, team mereka hanya boleh tangani 80 orang pesakit untuk diambil dan dikumpulkan serta dihantar ke beberapa hospital di sekitar Lembah Klang.

 

“Kadang-kadang sedih dengan komen netizen sebab kami buat kerja seikhlas hati” 

Menurutnya lagi, meskipun dengan apa yang berlaku sekarang, masih ada di kalangan netizen yang menuduh KKM memanipulasi data demi menakut-nakutkan orang ramai.

Perkara tersebut sangat mengecewakan para frontliners yang bertugas seikhlas hati setiap hari.

 

Setiap pesakit akan disaring untuk memudahkan staf monitor kesihatan 

 

“Kuarantin di rumah sangatlah berisiko” 

Sebelum mengakhirnya thread, Ismi mengingatkan orang ramai untuk jangan menyalahkan orang lain dan amalkan SOP.

Thread yang mendapat lebih 7,000 likes ini telah menerima pelbagai respon dari netizen yang mendoakan supaya frontliners terus kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan urusan.

Semoga kita juga terus menjaga SOP yang ditetapkan kerajaan supaya bilangan kes harian dapat diturunkan hingga ke angka 0. #KitaJagaKita

Baca: Berjam-jam Keluar Cari Bekalan Oksigen, Wanita Terduduk Dapat Tahu Ibu Dah Meninggal Dunia Akibat COVID 19

India 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.