in

Berjam-jam Keluar Cari Bekalan Oksigen, Wanita Terduduk Dapat Tahu Ibu Dah Meninggal Dunia Akibat COVID 19

Ig 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

India boleh dikatakan antara negara yang sangat teruk terjejas dengan wabak COVID 19.


Antara masalah yang dihadapi negara tersebut dalam perjuangan melawan wabak ini ialah keruntuhan institusi kesihatannya yang membawa kepada kekurangan ubat-ubatan, ketiadaan katil kosong di hospital serta kekurangan bekalan oksigen buat pesakit kronik COVID 19.

Kisah mengenai Shruti Saha dari New Delhi, India ini antara yang paling menyentuh hati.

81619709610 India

Menurut Astro AWANI, wanita ini telah menghabiskan masa berjam-jam di ibu kota India ini demi mencari dan mengisi tabung oksigen buat ibunya yang sedang tenat.

Namun usahanya menjadi sia-sia selepas dia mengetahui wanita itu meninggal dunia akibat COVID 19 kerana menanti bekalan oksigen terlalu lama. Aduhai…  

 

Merayu kilang pengisian oksigen dibuka 

Insiden yang menimpa Shruti itu telah dirakam lensa kamera, apabila dia dilihat menunggu di luar sebuah kilang pengisian semula di kawasan perindustrian New Delhi itu kelihatan panik, berlutut dan meminta kilang itu untuk dibuka.

Namun permintaannya tidak endahkan selepas polis dan pengawal kesihatan memintanya untuk menunggu.

Tidak lama selepas itu, Shruti menerima panggilan dari rumah yang memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.

Died 1

Tangisan mula kedengaran dan Shruti kelihatan hilang arah hingga hampir terduduk dengan orang ramai cuba menenangkannya.

Silinder oksigen yang kosong itu ditinggalkan di tempat dia berdiri dalam barisan begitu sahaja. Kesiannya… 

Kami keluar dari rumah sejak jam 2 pagi. Tidak ada bekalan oksigen di Delhi. Akhirnya kami sampai di sini. Berkali-kali saya beritahu mereka keadaan ibu saya tenat…” katanya dalam esak tangis.

Died 2

Malah Shruti juga memberitahu yang mereka gagal mendapatkan katil di hospital buat ibunya.

“Selama dua hari kami cuba dapatkan katil di beberapa hospital. Bawa saya pulang sekarang,” katanya sebelum pergi bersama seorang lelaki.

Delhi kini melaporkan 1 kematian akibat COVID 19 setiap 4 minit sejak kebelakangan ini. Hospital juga tidak dapat menampung pesakit COVID 19 dan mereka kini cuba dirawat sendiri oleh ahli keluarga masing-masing di rumah.

Moga mereka terus bertabah. 

Baca: Situasi COVID 19 di India Makin Memburuk, Keluarga Terpaksa Guna Socmed Untuk Minta Bekalan Oksigen & Katil Kosong

Indiaaa

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.