in

“Kalah ayah pin” – Dengan Harga RM3, Pemimpin Tarekat Indonesia Buat Bisnes Jual ‘Kad Syurga’

Tarekat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dijual dengan harga serendah RM 3 hingga RM 15, segala dosa-dosa akan terhapus dan mudah nak masuk syurga.


Itulah janji janji pemimpin Tarekat Ta’jil Khalwatiyah di Gowa, Sulawesi Selatan, Syech Yusuf Puang La’lang kepada pengikutnya.

 

Dosa terhapus, Kad Syurga mampu bawa pengikut ke syurga dan harus bayar zakat

Tarekat3
Sumber : malaysiakini

Yusuf telah ditangkap oleh polis republik kerana menjual ‘kad syurga’ itu, menurut Ketua Polis Daerah Gowa, Ajun Komisaris Besar (Ajun Pesuruhjaya Kanan) Shinto Silitonga, selain menjual kad  Yusuf juga didapati memerdaya serta mendoktrin pengikutnya.

Katanya, Yusuf menyebarkan fahaman tarekatnya ke pelbagai daerah di Sulawesi Selatan, seperti Gowa, Takalar, Pangkep hinggalah ke kawasan luar negara.

 

“Suspek menjual kad syurga atau disebut kad Wifiq kepada jemaahnya, dengan mahar Rp10,000 (kira-kira RM3) sampai Rp50,000 (kira-kira RM15), pengikutnya juga diharuskan menyumbang zakat pada suspek.”

Tarekat
Sumber : malaysiakini

Ajarannya ini hampir seluruh Indonesia hingga luar negara, termasuklah  dekat Malaysia. Menerusi Malaysiakini, setakat Yusuf ditangkap pihak berkuasa, dia yang berusia 74 tahun dikatakan telah berjaya menjual 317 kad syurga kepada pengikutnya.

 

Baca : Ajaran Sesat Dakwa Nabi Muhammad Seorang Perempuan

Ajaransesat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.