in

‘Kaki Travel’ Kena Follow 7 Group Pelancongan Dan Pengembaraan di Facebook Ini

Suesue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal travel, makin lama makin ramai orang yang suka jelajah ke luar mahupun dalam negara. Ada yang sanggup berlapar simpan duit atau kerja part-time semata-mata untuk nak cari duit pergi travel. Orang yang suka mengembara ataupun travel ni mesti dorang selalu cari tempat-tempat menarik untuk jadikan destinasi seterusnya, kan?


Bagi semua yang suka travel tapi takde masa nak buat research pasal tempat-tempat menarik ataupun tak tahu kat mana nak dapatkan info-info latest pasal pengembaraan dan pelancongan, korang bolehlah follow grup-grup ni kat Facebook.

 

1. Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Grup ni special untuk backpackers yang suka semua aktiviti menarik macam daki gunung, redah sungai, naik basikal keliling kawasan, dan mengembara. Grup ni tak fokus pada lokasi dalam negara je, lokasi luar negara pun dorang cover jugak. Ni grup tertutup, jadi korang kena apply untuk join grup ni. Baca pesanan yang admin grup bagi dan tunggulah dia approve kita punya request tu untuk dapatkan keahlian. Ahli grup ni dah mencecah 223, 347 orang tau! Yang penting korang dilarang post selfie melampau kat dalam ni!

 

2. Adventure Touring Malaysia (AtM)

Dengan ahli seramai 39,008 orang, grup ni makin lama makin ramai orang join. Grup ni bukan kelab, pertubuhan ataupun wakil NGO mana-mana, cuma satu grup yang gabungkan semua kelab kembara untuk sama-sama share info pasal travel. Tak kisahlah korang suka travel solo ke dalam kumpulan, semua boleh join. Siap ada cogan kata “Sumber Informasi Kembara Anda”, apa yang dorang share dalam ni termasuklah aktiviti backpacking, kayuh basikal, naik motosikal, kereta, van, dan four wheels drive pun ada tau. Kalau nak up iklan pasal perniagaan , korang boleh follow page dorang yang satu lagi, AtM Niaga.

P2
sumber: gapyear

 

3. Malaysian Backpackers Club

Korang yang suka travel as backpackers memang disarankan sangat join grup ni. Sesiapa yang ada pengalaman travel jadi backpackers sangat digalakkan share cerita korang dalam ni so semua orang boleh baca dan sama-sama share kisah masing-masing. Lagipun objektif utama grup ni memang untuk kongsi maklumat. Ahli grup ni dah mencecah 69,968 orang dan semua kena ingat jangan memandai nak spam dalam ni eh. Tapi kalau nak iklankan pasal jual beli yang ada kaitan dengan aktiviti kelab tu boleh je.

P3 1
sumber: backpackerbanter

 

4. Kaki Travel Malaysia 

Grup ni main purpose dia sama macam yang before ni, untuk kongsi info dan share pengalaman travel masing-masing. Tak kiralah korang travel dalam negara ke luar negara ke, semua boleh share experience kat sini. Grup ni memang khas untuk sesiapa yang suka melancong atau mengembara secara backpacking atau pelancong biasa. Kalau korang ada nak tanya soalan apa-apa pasal pelancongan pun boleh tanya dalam grup ni. Ahli grup ni masuk 42,125 sejak ditubuhkan empat tahun lepas.

P4
sumber: busybeelauren

 

5. Travel Buddies Malaysia

Grup ni bila baca nama je dah tahu objektif dia. Backpackers atau pengembara yang nak melancong sana sini tapi takde teman tu boleh join group ni. Dah ada 24,807 ahli, confirm ramailah korang boleh jumpa kawan-kawan baru yang sudi teman korang travel dan plan pengembaraan sama-sama. Dalam grup ni boleh buat iklan jual beli kalau korang ada meniaga something dan takde mention specific pantang larang grup.

P5
sumber: worldation

 

6. Hiking And Camping Around Malaysia

Member grup ni dah masuk ratusan ribu orang, ahli dia ada 195,186 orang tau! Grup ni public je, so terbuka la kepada sesiapa berminat hiking boleh join, kalau taknak join pun korang still boleh tengok maklumat apa dorang share kat sini. Objektif utama grup ini untuk kongsi pengalaman dan info menarik pasal kembara korang tu. Nak share gambar tempat-tempat menarik yang korang pergi pun boleh. Kalau nak iklankan something, hanya boleh iklan pasal acara mendaki atau berkhemah je ye.

P6
sumber: blog

 

7. Hiking And Camping Around The World

Kalau yang tadi fokus pada aktiviti hiking dalam negara, grup yang ni tak fokus mana-mana, nak hiking atau mengembara seluruh dunia pun boleh. Dalam group ni korang boleh share gambar dan kongsi apa-apa pasal pengembaraan korang atau gambar-gambar cantik yang korang ambil waktu pergi sana. Ahli grup ni dah ada 43,378 orang, korang boleh iklankan perniagan dalam ni dan takde pantang larang jangan risau!

P7
sumber: off

Waaah seronoknya siap boleh cari geng untuk travel sama-sama lagi tau! Apa lagi, kaki travel follow la cepat!

Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

Kpk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.